Sunday, June 3, 2018

Berbuka di Dataran Merdeka


Assalamualaikum

Sudah menjadi kebiasaan untuk aku dan kawanku Aishah berbuka di Dataran Merdeka Masjid Jamek setiap tahun. Tapi bagi aku sambutan tahun ni agak kurang meriah berbanding tahun lepas. Cadangnya nak berbuka pada awal ramadhan lalu tapi memandangkan hujan, minggu lepas pun hujan, akhirnya tercapai juga pada minggu ni Alhamdulillah cuaca baik. 

Macam biasa kami akan solat Asar dulu di Masjid Jamek kemudian duduk sembang sembang, dan pada pukul 6.30 petang barulah hadirin semua dijemput untuk memenuhkan ruang berbuka. Dekat Masjid Jamek pun ada orang akan agihkan bubur lambuk, tapi limited la. So better ambil cepat sebab bubur lambuk Masjid Jamek lagi sedap dari bubur lambuk Dataran Merdeka tapi kami tak sempat pun ambil. Tengah tengah duk lepak tiba tiba datang sekumpulan orang untuk menanyakan soalan mengenai derma organ, nasib lah Aishah pandai bercakap memandangkan dia pernah kerja di hospital dulu.



Sukarelawan sedang mengagihkan makanan

Tahun lepas kami duduk sekali dengan foreigner mat saleh. Ingat tahun ni nak elaklah duduk dengan foreigner sebab dorang ni curious nak tahu macam macam pasal agama kita sampai kita tak larat nak jawab dan tak senang nak berbuka. Last last semalam ada Indonesian duduk area kami, nasib baik diorang tak banyak soalan tanya.


Juadah berbuka kami

Antara juadah yang dihidangkan adalah :

Nasi lauk Daging Black Pepper dan sayur
Bubur lambuk
Mineral water
Green tea Oishi
Minuman manis
Kurma
Waflle sticks


Best wei buka ramai ramai

Food truck pun ada tersedia sekeliling dataran tu. Makanan yang dihidangkan pun oklah, kalau tak cukup bubur lambuk boleh ambil lagi. 
Thanks for reading. Selamat berpuasa

4 comments:

norhidana miswan said...

best jgk kan dpt join akviti mcmni... berbuka ramai1 gini...
dia punya juadah pun ok jgk... siap ada beberapa jenis air...

Kerulz Adventure said...

Hari2 pun ada ye dorang buat kat dataran merdeka tu?

acu yuhan said...

Setiap hjung mgu saja time bln pose

nur afiqah said...

Ouh hari junaat xde la? Maknanya minggu ni minggu terakhir yg ada..