Saturday, June 2, 2018

Cibiuk Shah Alam


Assalamualaikum

Cuti wesak haritu pergi Shah Alam teman kawan cari baju raya tapi masyAllah ramainya orang lagi lagi tengah hujan. Nak cari parking kat area Seksyen 7 pun da sejam, masa nak keluar parking nak balik pun dah sejam punya banyak gila kereta. Lepas dapat baju raya, kawan ajak buka puasa di Cibiuk Seksyen 14 Shah Alam. Unik kan nama Cibiuk rupanya Cibiuk ialah restoran berasaskan makanan khas Sunda Indonesia. 

Apa yang specialnya Cibiuk ini adalah Cibiuk mempunyai aneka sambal yang pedas dan sedap, ambillah banyak mana nak ambil sambal sebab FREE tapi make sure habiskan ye nanti membazir pula bulan puasa ni.


Signboard Cibiuk pun ada Cili tau.

Nak buka puasa sini make sure booking dulu sebab cepat penuh. Haritu kami tak booking pun, kami datang dalam pukul 6 petang dan nasib baik ada lagi seat kosong untuk 2 orang tapi seat kat luarlah. Dekat sini korang boleh pilih samada nak makan luar atau makan kat dalam atau pun nak makan bersila. Bila kau makan sini kau akan rasa memang berada di Indonesia sebab pekerjanya pun orang Indonesia dan kebanyakan customer yang datang adalah Indonesia. Selain Shah Alam ada juga cawangan lain Cibiuk antaranya kat Ampang.



Setiap sambal ada level kepedasan berbeza. Ulam pun turut ada dihidangkan



Disebabkan buka puasa so kami pilih makan set A (RM19.80) iaitu:

Nasi Liwet/ Nasi Timbel, 
Ayam goreng 
Gorengan (tempe goreng)
Tauhu dan Tempe
Sup sayur
Teh O ais
Kolak (pengat pisang) 
Air asam


Memang kenyang dan sedap. Bagi peminat pedas dan peminat makanan Indonesia memang patut cuba. Cibiuk ni kalau makan ala carte agak pricey sikit tapi kalau makan set lebih berbaloi lagi lagi kalau datang makan ramai ramai.


Aku pilih Nasi Liwet

Nasi Liwet ni macam nasi lemak tapi lagi sedap dari nasi lemak sedap dia ada rasa macam makan pulut panggang juga. Serius sedap aku suka tapi nasi macam tak cukup maklumlah bulan puasa. Walaupun nasi tak cukup tapi tetap kenyang sebab banyak side dishes lain.


Nasi Timbel

Nasi Timbel ini nasi putih biasa tapi tetap rasa sedap dalam daun pisang kan.


Sambal/air asam

Sambal dalam wok kecil tu included in set, memang pedas walaupun nampak macam air air saja tapi killer betul. Then kami ambil 3 jenis sambal lain. Yang paling pedas bagi aku adalah sambal kering yang merah tu.
Ok Selamat Berpuasa dan Selamat Berhujung Minggu

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

a ah nama kedai dia sangat catchy buat orang curious ni kedai apa.. bagus marketing ni hehe..