Monday, June 18, 2018

Domino's Pizza Kuantan


Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

Semalam lepas beli tiket, kakak ajak pergi makan Domino so kami pon pergilah makan alang alang cubalah perisa terbaru Domino iaitu SSamjeang Prawn Pizza dan Ayam Haseyo. Seriously korang memang kena cuba pizza dan ayam tu sebab memang sedap dan pedas. Memang kena dengan tekak aku yang suka pedas. Inilah pertama kali aku makan pizza pedas kebabom. Disamping tu, kami juga ordered Cheesy Bread Stik, Pepperoni Pizza dan Mushroom Soup. Kami beli set Rm59.90 yang merangkumi 2 regular pizza (boleh pilih), 4 cup mushroom soup, 1 botol soft drink (revive/coke/mountain dew), dan 1 set ayam haseyo. Lepas tu kami add on  cheesy bread stik Rm8.50 ada 4 stik, so total dalam Rm67.49 macam tu.




Ayam Haseyo



Siapa peminat Kyochon emmang patut cuba ayam ni, sebab rasanya memang macam Kyochon tapi Ayam Haseyo ini lagi pedas berapi. Rasanya 1 set Ayam Haseyo ini ada dalam 8 ketul Rm13.50. Boleh pilih kalau korang nak chicken wing saja tapi kami ambil campur saja. Sos ayam tu memang rasa macam kau makan Samyang Ramen, memang pedas.


SSamjeang Prawn Pizza



Topping atas pizza ni ada seaweed, cherry tomato, udang dan semestinya ada sos ssamjeang yang pedas tu. Sekali gigit ada rasa sos Samyang Ramen tu tapi lagi sedap la pizza ni. Udang memang banyak dan segar semua, memang buat korang tak senang duduk sebab truly spicy tapi sedap menambah tau. Pizza ni limited time only, so cepat give it a try.


Cheesy Bread Stik



Cheesy bread stick ni memang hidang panas panas so memang sedaplah makan tarik panjang panjang tu, cheese mozarella nya pon banyak dan tak kedekut pon. Rasa macam masin masin lemak makan stik ni. Kalau korang pernah makan Cheese Stix Auntie Anne, macam tulah lebih kurang rasa dia.


Pepperoni Pizza



Pepperoni Pizza ni favourite kakak aku, semestinya kalau pergi Domino dia memang akan order Pepperoni Pizza. Pepperoni Pizza ni sedap sebab topping ada cheese dan pepperoni, rasa tak pedas dan sedap berlemak makan panas panas. Bolehlah makan untuk hilangkan pedas Ayam Haseyo dan Pizza Ssamjeang tu.

Mushroom Soup

Seriously ini pertama kali aku makan Mushroom Soup Domino sebab sebelum ini kami just beli pizza saja kalau kat Dominos ini. Mushroom soup dia memang sedap, halus, pekat, tak ada mushroom chunk dalam soup tu.
OK Thanks for reading, pen off :)

3 comments:

Siti Yang Menaip said...

nak cuba tapi tula takuit pedaih..

- dieyana - said...

lama tak mkn dominos.

aprilia said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)