Saturday, June 2, 2018

Samyang Carbonara


Assalamualaikum

Dekat rumah sewa dan area office memang banyak sangat E-News mart, tapi jarang masuk. Tapi haritu ingat nak beli roti dan Maggi Pedas Gila yang baru tu so singgahla kejap E News, tiba tiba ternampak samyang pink ni. Aku ingat Samyang Cheese new packaging ke apa rupanya Samyang perisa baru iaitu Samyang perisa Carbonara. So aku terus ambil nak cuba, aku tak boleh nampak maggi pelik pelik sebab aku suka cuba haha.


Comel kan kaler pink

Tekstur mi dia sama je kenyal dan tebal. Ada dua perencah iaitu yang pedas dan satu lagi perencah carbonara macam di bawah.



Samyang Carbonara

Bagi aku not bad jugalah rasanya. Rasa macam makan Spagheti Carbonara tapi versi Samyang. Ada rasa macam Samyang Cheese yang packaging kuning tu tapi lagi sedap Carbonara ni. Pedas pun light light manja je sebab rasa carbonara tu dapat cover pedas tu.


Warna pun tak merah sangat pun kan

Tak silap aku ada Samyang baru iaitu Samyang Kacang Hitam tapi tak tahu dah masuk Malaysia belum. 
Ok have a nice weekend. Thanks for reading

No comments: