Saturday, July 7, 2018

Family Mart Malaysia


Assalamualaikum

Mula mula aku dapat tahu Family Mart dah ada di Malaysia rasa macam excited sangat sebab aku ni jenis yang obses dengan makanan Korea dan Jepun haha padahal tak pernah ke sana pun. Masa mula mula bertapak, Family Mart mula dibuka di Mid Valley dan Klia2, sekarang ni dah boleh jumpa kat mana mana mall antaranya Nu Sentral. Family Mart ini memang asalnya dari Jepun dan kebanyakan barang yang dijual diimport dari sana.




Antara makanan yang famous di Family Mart adalah Odeng iaitu makanan cucuk cucuk yang dimakan bersama kuah samada kuah tomyam atau kuah biasa. Memang nikmat lah makan panas panas yang biasa kita tengok dalam drama orang korea makan odeng kat tepi tepi jalan tu.




Selain odeng, benda yang selalu aku beli bila masuk Family Mart adalah aku akan beli aiskrim. Mula mula Family Mart hanya ada dua perisa soft icecream iaitu Matcha dan French Vanilla, kemudian French Vanilla ditukar kepada Cheesecake Icecream, lepas tu Melon flavour dan sekarang ini aku beli minggu lepas iaitu Coconut Icecream. Tapi masih lagi mengekalkan Matcha Icecream sebab itulah signature icecream for Family Mart. Bagi aku semua sedap harga Rm2.74 satu.


Matcha (green tea) icecream

Melon (honeydew) flavour

Coco (coconut) flavour

Selain aiskrim, aku pernahlah cuba beli minuman susu pisang yang famous di Korea tapi versi dalam kotak la.


Melon milk

Banana milk

Serius sedap juga nak nak kalau minum sejuk sejuk, banyak lagi perisa lain antaranya strawberry tapi semestinya paling sedap adalah banana milk. Banyak lagi aneka jajan dan side dishes jepun korang boleh jumpa di sana, nak makan disana pun boleh sebab setiap Family Mart konsepnya seperti kafe ada tempat makan sekali.
Ok thanks for reading, jangan lupa singgah Family Mart ye 😄

No comments: