Sunday, August 5, 2018

Meet up with UTMians


Assalamualaikum

Serious talk dah lama tak jumpa kawan kawan Utm since our last convocation 3 years ago. Finally semalam dapat catch up dengan dorang seharian memandangkan mostly dorang duk kl so bolehla curi masa keluar kejap. Destinasi bermula pukul 11 pagi aku tunggu Ika di Mrt Muzium Negara sebab kami plan nak makan di Ikea Damansara. Nak ke Ikea Damansara/Ikano/The Curve/eCurve memang turun di Mrt Mutiara Damansara.

Sementara tunggu kawan sorang lagi sampai kami jalan jalan dulu sekitar The Curve, tengok performance Young I Deun sambil makan icecream McD di bawah ni, memang feeling giler pianist tu main. Rupanya Young I Deon ni Korean tapi memang dah lama stay Malaysia. Dia sangat ramah dan setiap lagu yang orang request dia akan cuba main even lagu P Ramlee yang kami request pon dia tahu.




Smart wei pianist ni, Young I Deun ni memang akan buat persembahan di The Curve setiap weekend, bermula pada pukul 12 pm, 2pm dan 4pm.

Kemudian Paah pon datang bersama anaknya Arsyad, comel dan behave sangat Arsyad ni, boleh katakan semua orang dia nak. Kami terus bergerak ke Restaurant Ikea makan meatball seorang sepinggan, chicken wing, almond cake dan mushroom soup. Memang kenyang sangat dan nasib baik habis.

Erm sebenarnye tak habis tapi nasib baik Paah bawak bekas so boleh tapau dan sambung makan di Family Mart, mak mak sangat Paah ni kan.😁




Tengah tengah makan meatball tiba tiba kawan mesej kata nak join sekali so lepas makan terus bergerak ke Nu Sentral nak jumpa Farahah, si pengantin baru.

Kami pon naik Mrt menuju ke Mrt Muzium Negara then jalan kaki ke Nu Sentral. Since kami sampai awal kami pon menunggu di Family Mart Nu Sentral sambil makan Odeng sebab Paah teringin nak makan Odeng. Ramai gila orang kat Family Mart sampai tak cukup seat sebab mostly orang datang nak makan Odeng, odeng pon terpaksa tunggu 20 minit tau. Sedap odeng tu macam makan cucuk biasa beserta kuah tomyam, kuah sedap rasa macam kuah maggi, odeng pula sangat lembut dan besar. 1 cucuk odeng berlainan harga ada yang Rm1.60 ada yang Rm2 lebih kami ambil 2 mangkuk odeng total Rm19.




Kemudian datanglah Farahah bersama membernya, lama juga kami lepak kat Family Mart, bergambar semua, bergosip sakan.




Lepas bergambar kat Family Mart, masuk Nu Sentral cari wall cantik sambung bergambar dan boomerang semua. Perempuan perempuan memang gila gambar tau.




Yesterday was so exciting and to more meet up in future please girls.
Lepas maghrib di sana terus bergerak pulang ke rumah masing masing 🤩🤩🤩



No comments: