Saturday, October 6, 2018

Family Day 2018 di Bukit Gambang Waterpark


Assalamualaikum

Walaupun Bukit Gambang Resort City dah lama bertapak di Kuantan, tapi aku tak pernah berpeluang ke sana. Sampailah Bukit Gambang dah ada Safari, still lagi tak pernah ke sana. Sehinggalah bulan September lepas, tempat kerja ayah buat Family Day di Bukit Gambang Resort City so akhirnya aku dapat menjejakkan kaki di sana. Best jugak waterpark di sana, memang mencabar tapi tak sempat nak main semua sebab tak ada geng. Yang mandinya aku, abang dan anaknya. Abang aku confirm confirmlah tak boleh tinggal anaknya.


KIDS SPLASH POOL



Bagi aku waterpark gambang ini banyak sangat taman air yang menarik untuk kanak kanak contohnya kat atas ni, tapi bila letak je anak saudara aku dekat sini dia terus tak nak sebab dia tak suka air melimpah limpah, dia suka air yang tenang, cetek macam tu. Mungkin sebab dia baru 2 tahun takut lagi kan,


lunch kami

Kami sampai Gambang dalam pukul 12 macam tu lepas tu terus main dulu sebab check in bilik pukul 3 petang. Setiap family memang disediakan satu cabana untuk berteduh, pelampung dan makan tengahari. So sambil sambil main tu boleh kembali ke cabana untuk makan.


WAVE POOL



Wave Pool adalah tempat yang mula mula kami mandi sebab paling dekat dengan cabana, tengok sekali imbas macam kolam biasa rupanya kolamnya memang luar biasa dan perlu guna pelampung sebab kolam ada ombak, memang bestla rasa macam kat pantai cuma air tak masin saja. Wave Pool di Gambang ini adalalah Malaysia Largest Wave Pool.


punya kuat ombak sampai ke dasar kolam dah kami di hanyut


GLACIER RIVER



Siapa yang sukakan ketenangan dan banyak masa bolehlah try Glacier River, boleh katakan setiap taman air perlu guna pelampung sebab air yang dalam dan mostly aktiviti mencabar dan kena guna pelampung. Memang rasa macam di sungai dengan ombak dan sepanjang laluan tu ada masuk gua penguin, boleh katakan kita boleh relax saja sebab kita akan dibawa arus sampailah ke penghujung sungai. Kalau nak bawak anak kecik tu macam tak berapa nak galakkan sebab takut tergelincir kan.




6 LANE RACER



Aktiviti terakhir yang aku cuba adalah 6 lanes racer, memang mencabar dan tak sangka aku berani cuba. Mula mula korang kena ambil slider yang warna biru dalam gambar atas ni dan usung naik ke puncak. Make sure jangan pakai kasut, sebab takut kasut hilang. Lepas tu akan ada coach yang ajar cara nak slide dan kita akan slide sampai ke bawah. Perasaan masa tengah slide tu rasa macam terbang, rasa macam naik roller coaster tapi versi air, melantun lantun rasa.

Banyak sebenarnya taman air atas bukit contoh macam Family Raft Slides tapi sayang tak ada teman nak main tau :(


yeay berjaya juga main

Lepas dah siap, sidai balik slider tadi. Then dah hampir pukul 3 petang kami pon siap siap kemas, return pelampung, naik buggy untuk ke hotel Arabian. System di Bukit Gambang adalah cashless kerana menggunakan e-wallet. Memang penat, panas dan malam tu siap siap nak pergi dinner bertemakan Arabian.


dinner kami malam tu tak bertemakan arab pon.

Dinner malam tu dihoskan oleh Helmi Gimick dan memang menghiburkan sangat lawak dia. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada ayah untuk cabutan bertuah dan dapat Huawei Nova.



Esoknya check out pukul 12 tengahari lepas tu terus hantar aku ke terminal untuk balik KL.
OK Thanks for reading. Pen Off :)

2 comments:

Cik Suerin said...

Bestnya dapat bermain di taman air macam ni. Budak2lah yang paling suka nak main air.. :)

Anonymous said...

seronoknya..teringin nak pergi...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/