Saturday, February 27, 2021

English Movies XV

Assalamualaikum

Enjoy my reviews!!!

Harley Quinn : Birds of Prey 2020
Genre : Action/Adventure


Filem mengenai Harley Quinn setelah dia berpisah dengan Joker. Selepas dia berpisah dengan Joker ramai orang buru dia sebab dia banyak buat jahat dengan Joker dulu kemudian dia terserempak dengan budak ini. Budak ini seorang pick pocket sangat cekap mencuri dan satu haritu budak tu curi diamond, so semua orang buru budak itu termasuk la Harley Quinn ni dan dalam masa yang sama dia juga berjumpa dengan 3 perempuan lain dan mereka berpakat untuk selamatkan budak ini sebab budak ini pergi telan diamond tu dan semua orang nak bedahla perut dia.

Finding Ohana 2021
Genre : Adventure/Action


Mengenai satu keluarga yang pulang ke Hawaii untuk melawat atuknya yang sakit dan bila di Hawaii itulah budak ini terjumpa satu diari lama yang menunjuk ke arah harta karun. So dia pon berpakat dengan abang dan kawan dia untuk cari harta karun itu dan mereka jumpa. Tapi berjayakah mereka mengambil semua itu?

Poisoned Love : The Stacey Castor Story 2020
Genre : Thriller/True Story


Based on true story di mana Stacey kehilangan suami dia dan kemudian dia berjumpa dengan suami baru. Mereka pon berkahwin dan tinggal bersama 2 orang anak Stacey, tapi tiba tiba suami baru dia mati dan semua orang anggap yang dia bunuh diri padahal Stacey yang racun suami dan juga suami dia yang dulu. Tapi yang paling tak sampai hati bila dia cuba bunuh anak dia dan jadikan anak dia suspek pembunuhan. Tapi taktik dia tak berjaya disebabkan anak dia masih hidup dan terbongkarlah segalanya.

I Care A Lot 2020
Genre : Thriller


Paling best movie ini dan aku tak sangka wujud orang yang macam ini cuba ambil kesempatan ke atas orang yang lemah. Tentang seorang perempuan yang memburu warga tua yang kaya dan hidup seorang diri dan akan ambil alih semua harta orang tua itu. Kisah bermula apabila dia target perempuan tua ini yang hidup seorang, kaya dan sihat. Tiba tiba perempuan tua ini dapat perintah mahkamah utuk masuk pusat jagaan dan segala harta diberikan kepada guardian dia. Tapi rupanya perempuan tua ini bukan perempuan biasa, dan ada orang cari dia dan ingin keluarkan dia dari pusat itu.

Like a Boss 2020
Genre : Comedy


Tentang 2 orang kawan baik Mia dan Mel yang memiliki kosmetik sendiri mengalami masalah kewangan. Tiba tiba ada seorang perempuan ini cuba nak tolong dengan cara dia ada share dalam company mereka. Tapi perempuan ini macam cuba nak ambil alih sepenuhnya dan mereka berdua ini tak duduk diamlah dan cuba rampas kembali company mereka.

The Invisible Man 2020
Genre : Thriller


Mengenai Cecilia yang ingin larikan diri dari kekasih dia iaitu merupakan saintis dan technoscience. Kekasih dia ini punya cerdik sampaikan Cecilia pon dia control dan satu haritu Cecilia berjaya larikan diri dari bf dia. 2 minggu kemudian, dia dapat tahu bf dia bunuh diri, dia happy gila sebab dia dapat harta laki itu. Tapi sebenarnya laki itu kan pandai so dia tukar dia dia jadi invisible untuk stalk, torture perempuan itu. Tapi perempuan itu cerdik sebab dia tahu cara nak handle laki itu.

Becky 2020
Genre : Thriller/Action


Becky seorang budak antagonis yang berani setelah ibunya meninggal. Satu haritu, dia dan bapanya pergi bercuti dia rumah lama mereka dan tanpa disangka, ada 2 banduan terlepas dan 2 orang penjahat,  datang ke rumah mereka dan membunuh bapa dia. So Becky ini geramlah dan bunuh seorang demi seorang dengan cara yang kreatif dan ganas.

Dolittle 2020
Genre : Family/Adventure


Dolittle tentang seorang doktor haiwan yang boleh memahami bahasa haiwan, tinggal di dalam hutan bersama isterinya. Tapi semenjak isterinya hilang di laut, dia mengecilkan diri dan taknak berjumpa sesiapa sehinggalah satu haritu seorang budak datang ke rumahnya dengan membawa seekor tupai yang nazak. So doktor ini nak tak nak terpaksalah merawat. Selepas itu dr ini perlu merawat seorang permaisuri yang jatuh sakit akibat diracun.

Roald Dahl's The Witches 2020
Genre : Comedy/Fantasy


Mengenai ahli sihir yang tidak sukakan budak budak, bila dorang nampak budak budak, mereka akan umpan dengan coklat yang dijampi untuk bertukar ke binatang. Sekumpulan ahli sihir ini ada perjumpaan di sebuah hotel dan entah macam mana ada 2 budak dalam itu dan mereka disihir dan menjadi tikus. Budak budak ini tetap tak mengalah dan cuba berlawan dengan mereka dan akhirnya semua ahli sihir itu bertukar menjadi tikus.

Keeping Up with The Joneses 2016
Genre : Comedy/Action


Mengenai sepasang suami isteri ini yang menerima jiran baru. Tapi jiran mereka ini sangat pelik kerana mereka berdua nampak perfect, kaya dan tahu semua benda pasal mereka. So mereka berdua inipon cuba stalk dan rupanya jiran mereka adalah agent yang cuba melindungi mereka berdua sebenarnya.

Paling best adalah

1) I Care A Lot
2) The Invisible Man
3) Dolittle
4) The Witches
5) Poisoned Love
Thank you for reading. Pen off :)

Monday, February 22, 2021

Korean Movies XII

Assalamualaikum

Enjoy my reviews!!!


Welcome to The Guesthouse 2020
Genre : Drama/Comedy


Mengenai seorang pelajar lelaki yang terpaksa keluar dari dorm dia disebabkan dia tak dapat untuk belajar dalam cuti sem macam tu. So untuk elakkan dari dia balik kampung dan kena marah, jadi dia pon pergi ke satu pulau ini untuk kerja part time sementara dapat panggilan temuduga. Dia pon pergi ke sebuah pantai ini kat situlah dia bekerja sebagai barista dan juga belajar surfing dan secara tak langsung dia dan seorang lelaki ini compete untuk bertanding dalam satu pertandingan surfing. Tapi pertandingan tu jatuh waktu dia ada panggilan interview.

Diva 2020
Genre : Thriller/Mystery


Diva mengenai 2 orang diver yang rapat tapi dalam masa yang sama ada sifat cemburu dalam diri salah seorang dari mereka. Macam cerita Black Swan dan oklah cerita ini tentang 2 atlet renang.

By Quantum Physics : A Nightlife Venture 2019
Genre : Crime


By Quantum Physics mengenai 3 orang yang mengusahakan sebuah kelab malam tapi satu haritu tiba tiba kelab malam mereka disalah guna sebagai pusat dadah dan menyebabkan mereka bertiga ini jadi buruan polis atas kesalahan membunuh seorang artis ini. Dalam movie ini, banyak bahasa fizik yang digunakan sebab laki ini sangat sukakan fizik dan segala benda dia buat dia percaya kuasa fizik itu.

My Girlfriend is an Agent 2009
Genre : Action/Comedy


Macam biasalah satu couple ini berpisah sebab makwe dia asyik busy memanjang dengan misi yang berbagai. Selepas 3 tahun, laki itu balik korea dan jumpa dengan makwe dia. Tapi dalam masa yang sama rupanya mereka berdua ini terlibat dalam satu misi yang sama. Movie ini macam movie Mr and Mrs Smith.

Peninsula 2020
Genre : Action/Horror


Selepas kejadian Train to Busan, so semua orang pon dah tak duduk Busan dan berpindah ke China. Tapi ada satu group ini terpaksa balik ke Busan untuk satu misi dan disitu diorang baru tahu yang rupanya ada lagi manusia yang terperangkap kat Busan so mereka pon cari jalan pulang untuk keluar dari situ. Mula mula macam bosan sikit tapi bila dah akhir, baru rasa best.

Space Sweepers 2021
Genre : SciFi/Space


Berlatarbelakangkan tahun 2073 dimana semua orang duduk di space. Mengenai 4 orang kawan yang terjumpa dengan seorang budak ini diluar angkasa, rupanya budak ini wanted oleh pihak lain sebab budak ini memiliki kuasa yang disuntik ke dalam badan ini. So mereka berempat sedaya upaya nak lindungi budak ini sebab pihak lain ingin mengambil kesempatan atas kehebatan budak ini. Bagi aku movie ini best sebab banyak terlibat dengan satu dunia dimana semua orang bercakap dalam bahasa masing masing dan mereka faham disebabkan semua orang memiliki translator device di telinga.

The Bad Guys : Reign of Chaos 2019
Genre : Action/Crime


Tentang seorang detektif bersama 3 orang banduan yang bekerjasama untuk menumpaskan seorang penjenayah ini.

Insane 2016
Genre : Thriller/Drama


Insane mengenai seorang perempuan yang ditangkap oleh wad pskiatri kerana bapanya menjual dia kesana untuk dapatkan duit. Wad itu pula sangat ganas dimana mereka menyeksa pesakit dan menjual organ mereka. So perempuan ini memang sedaya upaya cari jalan untuk keluar dari situ kerana dia tak gila. Tapi di akhir cerita ini ada plot twist aku pon tak faham hahha.

The Tooth and The Nail 2017
Genre : Thriller/Drama


Mengenai seorang magician yang ingin membalas dendam atas kematian tunangnya yang mati dibunuh. Jadi untuk balas dendam, dia menyamar sebagai pemandu teksi dan menetap bersama dengan lelaki yang bunuh tunang dia. 

Finding Mr Destiny 2010
Genre : Romance/Comedy


Berkisarkan Gong Yoo yang baru saja dipecat dari kerja dan selepas itu dia menubuhkan agensi mencari cinta pertama. Kat situ ramailah yang datang untuk minta bantuan Gong Yoo ini dan client pertama dia adalah heroin ini dimana dia nak cari lelaki yang dia jumpa di India. So dorang berdua ini rapat sepanjang bekerja dan macam biasa membuahkan cinta di hati masing masing haha. Findng mr destiny rupanya mr destiny depan mata saja.

Paling best adalah

1) Space Sweepers
2) The Bad Guys
3) By Quantum Physics
4) My Girlfriend is An Agent
5) Finding Mr Destiny
Thanks for reading :)

Sunday, February 7, 2021

Best Korean Restaurants

Assalamualaikum

Musim PKP ini membuatkan aku selalu tengok post post lama aku makan kat tempat yang sedap contohnya Korean Foods. Haritu aku shared Best Japanese Foods, so kali ini nak share pula Restoran Makanan Korea yang sedap. Taklah banyak tempat aku pernah pergi tapi kebanyakan tempat yang aku makan ini aku banyak kali repeat, oklah untuk kongsi dengan korang ye.


1) Hanbing Korean Dessert First Subang

Dulu masa kerja kat Ara Damansara, First Subang Mall adalah tenpat yang kami suka lepak sebab ada karaoke dan snow ice sedap. Aku makan sini boleh katakan 2 kali jugalah sebab kami suka karaoke dengan kawan kawan perempuan. Kat sini makanan Korea sedap dan dessert pon sedap.



Repeat? Yes
Review? Read here and here pls


2) KFry Urban Korean

Dulu nak makan kfry berkejar kejar tau sebab cepat penuh dan korang kena booking. Bila dapat tahu KFry buka kat KLCC terus aku booking untuk sambut birthday Aishah sekali. Memang sedap dan kenyang sangat siap bawak balik tak habis,


Repeat? Of course
Review? Read here pls


3) Dubuyo Urban Korean Food

Dubuyo ini famous gila kan waktu mula mula korean food ada kat Malaysia. Oklah bagi aku harga pon tak mahal sangat.


Repeat? Yes
Review? Read here pls


4) Chicken Plus Sunway Velocity

Chicken Plus sedap serious, ada juga ayam cheese macam kfry tapi sini lagi popular dengan Carbonara Tteobokki. Kitorang makan sini sebab kfry penuh dan terpaksa tukar plan.


Repeat? Definitely
Review? Read here pls


5) Kyochon

Penggemar ayam memang patut datang sini sebab ayam sedap, pedas dan sihat. Kat sini pon kena booking dulu macam Kfry sentiasa penuh dengan customer. Antara semua restoran yang aku kongsi ini, Kyochon adalah yang paling kerap aku makan sebab kadang kadang officemate suka order kyochon waktu lunch.


Repeat? Absolutely
Review? Read here and here pls


6) Caffe Bene

Caffe Bene lebih pada dessert dan kopi korea so boleh cuba bagi aku memang sedap sebab rasa kelainan juga kopi korea ini. Paling famous dessert bawah ini, enak gila makan sambil borak borak.


Repeat? Absolutely
Review? Read here and here pls
Thank you for reading. Have a Blast Weekend!!!