Sunday, August 26, 2018

Resepi Japanese Cotton Cheesecake


Assalamualaikum

Semalam ajak kakteh aku buat Kek Keju Jepun / Japanese Cotton Cheesecake yang famous tu sebab dia dah pernah buat time aku tak ada. Terus keluar beli barang kek semalam untuk bakar petang tu alang alang ada saudara datang rumah kan, boleh terus makan ramai ramai. Resepi ambil daripada blog Azie Kitchen, memang menjadi dan mostly resepi masak yang aku guna pon memang dari dia.





Bahan Bahan

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur Gred A (aku guna 9 biji Gred B)
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon








Cara Cara Bahan A

Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, letak tepi biarkans eketika untuk adunan cream cheese tu sejuk.

Kemudian dah sejuk, campurkan jus lemon, kuning telur, tepung, tepung jagung, dan garam ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.





Cara Cara Bahan B

Sementara nak tunggu cairan cream cheese+butter+susu sejuk, boleh saja buat Bahan B dulu. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek. Lepas tu ketuk ketuk sikit adunan tu untuk hilangkan buih dalam adunan.

Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam atau sehingga masak, dengan cara bain-marie (waterbath).


SIAP!!!

cume merekah sikit kat atas tu

Memang gebu dan sedap sangat kek tu, tak manis dan memang rasa cheese tu. Andai kata kalau terlebih jus lemon pon tak apa sebab kitorang lebih jus lemon lebih tetap tak rasa masam pon. Memang patut cuba korang.


memang kembut sangat dan sedap dimakan panas atau nak lagi enak, boleh letak dalam peti untuk hidang sejuk
Thanks for reading. Pen Off :)

No comments: