Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, November 29, 2018

Cheesy Corndog


Assalamualaikum

Semalam buat Cheesy Hot Dog resepi ambil dari Khairul Aming. Mudah dan senang saja bahan bahan bahan dia. Aku namakan Cheesy Hot Dog sebab kami tak guna corn meal pon. Kalau guna corn meal lagi sedap dan barulah namanya Cheesy Corn Dog. Kami buat simple saja, nak lagi best, better guna cheddar cheese atau mozarella untuk ada effect cheese tarik bila makan tu. Tapi kami guna cheesedale saja, tetap sedap berlemak cuma tak wauuuu la.. ^-^






Bahan Bahan

6 sosej yg di rebus
12 keping keju 
Lidi secukupnya
1 1/2 cwn tepung gandum
1 biji telur 
Garam dan lada hitam
1 sudu tepung penaik
1 cawan susu segar




Cara Cara

Rebus sosej, lepas tu cucuk dengan lidi jangan cucuk sampai tembus tau sebab nanti nak goreng. Balut dengan cheesedale 2 keping untuk 1 sosej. Make sure cheesedale suhu bilik supaya senang nak balut sosej nanti.
Masukkan semua bahan adunan dan kacau sampai adunan likat, adunan jangan terlalu cair dan pekat sangat. Boleh tambah tepung kalau cair sangat. 
Panaskan kuali. Sebelum goreng masukkan adunan dalam gelas dan celup sosej ke dalam gelas. Bila minyak dah panas, masukkan dalam kuali. Sentiasa alih alih kan supaya sebati permukaannya. Goreng sampai warna coklat perang.


SIAP!!!




Kalau ada breadcrumb, boleh salutkan dengan breadcrumb sebelum goreng untuk lagi nampak cantik permukaannya. Bagi aku sedap makan saja mcam tu panas panas ataupun cicah dengan sos/mayonis. Nak lagi sedap boleh guna sosej besar dan mozarella. Lebihan tepung jangan buang ye, boleh buat pancake atau cucur esoknya.




Selamat mencuba
Thanks for reading. Pen Off :)

1 comment:

norhidana said...

mmg suka tgk ig khairul aming tuh, suka share resepi yg mudah2 n simple...

tgk ni pun dh nampak wownya cheecy corndog nih