Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 26, 2018

Tateh Saujana Utama


Assalamualaikum

Sabtu lepas abang ajak keluar makan kat area Saujana Utama nak makan dekat Restoran Nasi Kandar Maju Ahmad. Sebelum pergi makan tu ikut abang dan kak ipar masuk Tateh kat area kedai makan tu juga. Masuk saja Butik Tateh terus semerbak bau baby sukanya bau sedap. Butik Tateh ini adalah Butik ibu dan anak yang menjual segala kelengkapan ibu dan anak antaranya produk penjagaan baby, produk penyusuan, ibu berpantang, makanan bayi dan juga pakaian kanak kanak.


besar juga kedai ini siap ada fitting room dan mini playground

kanak kanak boleh main sini sambil menunggu parents beli barang.

paling suka tengok baby foods. variety of teethers flavour.

look at the tiny shoes.. they are so cute..

car seat from all brands pon ada.

kids wear

Tateh terdapat cawangan lain di beberapa tempat antaranya Melaka, Penang, Kuala Terengganu, Sungai Buloh, Ampang, Shah Alam, Bangi, Kota Bharu dan lain lain. Tateh juga menghimpunkan jenama terbaik untuk ibu dan anak antaranya Philips Avent, Pigeon, Tommee Tippee, 4moms, Como Tomo, Tinee Minee etc. Akan datang Tateh akan dibuka di Johor Bahru ye, so siapa area JB bolehlah usha butik Tateh nanti.


barangan yang ada promotion akan dipamerkan disudut ini.
OK Thanks for reading. Pen Off :)

1 comment:

norhidana said...

mak3 klu msk kedai mcmni, mmg terus jd rambang mata, rasa takmo kuar je... tp bapak2 yg risau... risau time nk membayo kt kaunter je... tkt terlebih beli hehehhe