Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 3, 2018

Beanz & Co. Kuantan


Assalamualaikum

Semalam cuba makan di Kafe Beanz & Co yang terletak di area Sri Kuantan. Kafe ini terletak di kawasan perumahan dari luar nampak kedainya kecil saja tapi rupanya kat dalam besar. Ada 2 tempat makan iaitu indoor diner and outdoor diner. Since semalam hujan rintik, so kami makan di dalam. Dekorasi dan susun atur kafe ini memang cantik dan terletak.



kalau datang seorang pon tak apa, boleh lepak di sini konsep seakan bar.

sebelah sliding tu outdoor diner.

Dekorasi kafe ini memang mengikut tema, memandangkan kita di bulan December, so hiasan kafe bertemakan krismas dan para staff  pon memakai topi krismas.




Kafe ini lebih kepada western dishes, variety of coffees dan dessert eg macarons, cakes, donuts.


Menu

Macam biasa, kami minum coffee serta makan waffle dan chicken chop. Bagi aku harga coffee di sini murah sikit berbanding harga coffee di tempat lain. Cuma makanan agak pricey sikit tapi nasib baik sedap jugalah seiring dengan persekitaran kafe ini yang begitu cozy. Coffee nya sedap, kalau nak tambah syrup incase kalau pahit ke boleh request from staff. Waffle pula sangat crispy diluar tapi bila kunyah rasa lembut saja.




Chocolate Coffee Mint Frappe = Rm13.90
Salted Caramel = Rm12
Caramel Machiato = Rm11.90

Fried Chicken Chop = Rm21.90
Waffle with Cashew and Caramel Topping = Rm9.50




Fried Chicken Chop sedap bagi aku cuma ayam macam sikit saja. heee. Kat sini sepotong kek berharga Rm15 lebih mahal berbanding Secret Recipe tapi kek dia sedap dan kami dapat rasa kek Crumple Crepe Cheese dengan percuma as yesterday was my birthday. Kita boleh redeem kek dengan cara just tunjuk IC kat staff dan kita boleh pilih kek apa yang nak. 


Memang creamy dan cheesy sangat

Kalau lalu nampak pokok pokok kecik ni, inilah Beanz and Co ye. jangan lupa singgah.
Thanks for reading. Pen off :)

2 comments:

norhidana said...

wahhh sedapnya nengok semua menu tu, terus rasa lapar walaupun baru kul 12 heheheh

AzianKhalil said...

wah...ni nak makan sambil borak2 romantik dgn asben best ni...