Sunday, December 2, 2018

Florentine Cookies


Assalamualaikum

Selama ini aku tahu makan saja Biskut Almond Florentine, rupanya senang saja buatnya. Semalam belajar buat dengan kakak. Setengah jam dah boleh siap biskut ini sebab bahan bahan tak rumit dan penyediaanya pon senang. Yang penting nak buat biskut florentine ini kena ada tepung florentine, tepung florentine la yang mahalnya. Kekacang tu boleh beli dalam kuantiti sedikit setiap satu sebab nak guna sikit dan paling sedap kalau bubuh banyak jenis kekacang. Kekacang ikut suka hati nak guna kacang apa. Kami guna 3 jenis kacang dan 1 cornflakes (lagi murah).






Bahan Bahan (untuk 2 balang sederhana biskut)

250g tepung florentine
100g pumpkin seeds
20g black sesame
200g cornflakes
100g badam
Bekas muffin/ any tray


*tip senang buat biskut ni kalau contoh tepung 100g, setiap kekacang yang digunakan mestilah 100g juga contoh badam 100g, pumpkin seeds 100g. Baru balance dan sedap. Lagi banyak jenis kekacang lagi sedap dan menarik.




Cara Cara

1) Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Gaulkan kesemua kacang dalam loyang. Bakar kesemua kacang dalam oven dulu.

2) Make sure kekacang sebati dibakar. Dah siap, terus masukkan tepung florentine. Tepung Florentine ini rasanya dah memang manis macam cotton candy. 

3) Gaulkan tepung bersama kekacang yang masih panas panas tu supaya tepung mudah lekat.

4) Cedok satu sudu dalam setiap muffin cup. Dan bakar pada suhu 180C selama 10 minit atau sehingga masak.


SIAP!!!




Tak perlu tambah apa apa sebab fungsi tepung florentine la untuk melekatkan kesemua kacang kacang tu. First attempt kami buat agak garing sikit dan seterusnya dah okey sedap dimakan. Dapat banyak untuk acuan ni dalam 100 lebih keping biskut florentine dan masuk dalam 2 balang sederhana.




Memang asyik sangat makan benda ni baru buat malam semalam, harini dah tinggal separuh balang dah. Bagi aku rasa dia dah cukup manis, tak perlu nak tambah honey atau karamel pon. Cookies ni boleh buat pelbagai bentuk sebab ia mencair mengikut bentuk tray yang anda gunakan. Kalau nak letak dalam tray pon boleh, bila dah siap bakar potong cookies sejurus selepas cookies keluar dari oven.


rangup sangat

Kalau beli kat luar ni memang mahal, 1  balang nak dekat Rm50. Better buat sendiri, tepung florentine yang kami beli ini 250g dalam Rm17++ juga.
Thanks for reading. Biskut ini sedap makan panas panas bagi aku heeee :)

3 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

AzianKhalil said...

sampai sekarang tak pernah rasa lagi biskut ni. ni yg rasa nak buat juga ni..

Shahida Dzulkafli said...

Nice sharing..
Done follow back..