Thursday, December 6, 2018

Rohu Masak Tempoyak


Assalamualaikum

Semalam mak aku suruh buat Ikan Rohu Masak Tempoyak berdasarkan resepi dari FB yang mak aku share. Sudah menjadi kebiasaan mak kalau nampak resepi yang sedap dia akan share. Perkara penting yang kena ada mestilah tempoyak. Rumah kami memang sentiasa ada bekalan tempoyak sebab suka buat sambal tempoyak lagipon tempoyak kan makin lama simpan makin masam dan sedap. Tempoyak memang sinonim dengan ikan patin, tapi kami guna ikan rohu. First time juga makan ikan ni tapi sedap isinya lembut macam patin cuma kena hati hati sebab tulang ikan rohu memang halus dan bercabang dua. Boleh tercekik kalau lekat kat tekak.






Bahan Bahan

1 ekor ikan rohu/ikan patin
1 senduk tempoyak
10 biji cili api (ikut pedas)
1 inci kunyit hidup
1 batang bunga kantan
4 keping asam keping
1 ikat daun kesum
Air
Garam gula
Timun




Cara Cara

1) Kisar cili, kunyit hidup, tempoyak bersama air dalam blender. Kisar sampai hancur. Tempoyak kalau suka boleh letak banyak lagi.

2) Masukkan bahan yang dah dikisar tadi dalam periuk dan masak. Tambah air ikut banyak mana. Nak kuah pekat atau kuah cair bergantung air yang diisi.

3) Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Biar sampai mendidih. Nak lagi masam boleh letak serai.

4) Dah mendidih masukkan ikan dan perasakan dengan gula dan garam. Masak tempoyak ni kena letak banyak gula nak bagi rasa lemak masam manis tu. 


SIAP!!!


Bila ikan dah masak, boleh letak timun sebagai sayur.

Sangat sedap makan bersama nasi panas dan sambal belacan. Masak tempoyak lebih sedap kalau kuahnya lagi pekat dan masam.




Thanks for reading. Have a nice day :)

4 comments:

aryan azra said...

nampak sedap semuanya tu..
terima kasih sudi follow saya dan saya follow kembali

AzianKhalil said...

mak abah saya suka masak tempoyak..tp saya tak makan pula. boleh kata hari2 lah. Orang Raub, Pahang kan...

Shafyqah Azahar said...

sedap sangat nih, kalau makan dengan nasi panas pulak kan!

iffah hussin said...

Wah sedapnya... Fav lauk tempoyak ni, tapi tak pernahlah makan ikan rahu ni.. hi hi hi boleh cuba nanti

datang singgah dan follow blog ni