Friday, January 11, 2019

Garnier Pure Active Cleanser


Assalamualaikum

Daripada umur 12 tahun dah mula pakai pencuci muka sebab masa zaman sekolah memang berminyak sangat muka ni. Pencuci muka pertama yang aku pakai adalah Clean & Clear sebab time tu mak aku selalu langgan barang kat Avon so selalu beli produk tu saja lagi lagi waktu tu produk tu memang fokus untuk oily dan acne prone skin. Lepas tu bila masuk boarding school, semua kawan mostly pakai Safi sebab lebih halal dan suci tambahan pula waktu tu aku sekolah agama so haruslah mencari produk yang lebih yakin kan. 

Lama jugalah pakai Safi sampai tahun 2016 memang selamat produk Safi bagi aku. Tapi dah lama pakai pon rasa jemu jugak kan nak nak sekarang ni banyak betul produk skincare di pasaran. Aku pon decided nak cuba Garnier atas nasihat kawan sekerja aku untuk cuba produk Garnier Pure Active iaitu Matcha Detox Cleanser. Lepas dah habis, tukar jenis yang lain tapi still Garnier seperti di bawah ni.




# Garnier Pure Active Matcha Detox

Sebab aku nak cuba detox skincare adalah aku tak pernah lagi dengar skincare yang ada fungsi detox. Bagi aku fungsi detox penting untuk kulit muka lagi lagi tempat kerja lama dulu aku handle employee storage personal file, so setiap kali nak take out file memang penuh berdebu kawasan tu. Boleh katakan antara produk garnier yang pernah aku cuba Matcha Detox ini yang paling berkesan bagi aku. It gives little cooling effects and a good smell of matcha that really refresh me after used it.

Pencuci muka ini untuk membersihkan dari minyak berlebihan dan pencemaran. Mengandungi 100 kali antioksidan dari ekstrak teh hijau Matcha yang terkenal di Jepun.
 


# Garnier Pure Active Fruit Energy

Selepas dah habis matcha detox cleanser aku pon try guna pilihan lain pula iaitu Fruit Energy. Produk ini bagi aku tak bagi apa apa efek sangat kat kulit muka aku. Tapi aku suka sebab dia ada bau fruit ekstrak.



# Garnier Pure Active Anti Acne White

Sekarang aku guna Anti Acne, dah nak habis dah pon dan ingat nak beli Garnier Light Complete pula. Jerawat yang naik cepat kecut bila pakai cleanser ni.

Pembersih wajah ini khusus untuk kulit bebas dari 12 masalah jerawat dan minyak. Ia mengandungi bahan anti bakteria & ekstrak blueberi semulajadi yang membantu kulit kita melawan masalah kulit yang disebabkan oleh jerawat di kawasan muka seperti dagu dan minyak.



Produk Garnier ni selamat nak guna sebab ada Dermatologically tested dan cleanser memang tahan lama. Cleanser yang 50ml ni pon boleh tahan 6 bulan aku guna sebab dia memang jenis foam yang selamat. Siapa yang kulit sensitive tu tak digalakkan guna sebab ada fragrance. Personally bagi aku Garnier ni ambil masa yang lama untuk berkesan kat kulit. Jangan risau Pure Active cleanser ni contains No SLS, No SLES and No Paraben.

Satu saja yang aku suka cleanser ni sebab packaging dia (tak kembung sangat). The packaging is lightweight and easy to carry. It does not occupy much space in my travel kit. This cleanser has a thick consistency so just picit sikit sebab ia memang ada multi foam yang cukup untuk cuci satu muka kita. Bagi aku semua cleanser pure active best untuk cuci muka. Tapi muka aku still berminyak jugak. Just a decent cleansing foam with reasonable price to resist acne.
Thanks for reading. Pen off :)

3 comments:

Lipislady said...

Assalam,
Thanks anyway,
Done follow you

Shai Ryan said...

Jenama Garnier ni kualiti tinggi dan pekat produk dia :D

norhidana miswan said...

mcm2 produk garnier yg baru ye.... akak ni jenis pengguna setia, kadang teringin nk try jugak produk garnier ni tp tak berani...

sbbnya dh setia ngn produk neutrogena, dh bertahun2 lamanya