Wednesday, January 9, 2019

Pengalaman Interview XXIX


Assalamualaikum

Disebabkan terlalu banyak aku applied jawatan kosong di Jobstreet dan Indeed sampaikan ada satu company call aku untuk buat interview minggu lepas. Aku memang betul betul tak ingat apa nama company tu. Yes, she did mentioned about their company's name tapi bila aku cari cari balik mana aku applied still tak jumpa. Penting tengok balik iklan company tu sebab kita nak tengok apa job responsibilities dan benefits yang diberi. Takkanlah aku nak tanya interviewer tu kat mana saya applied ye. Tak ke nampak kebodohan kat situ ^-^

Tapi yang pastinya company ni based kat KL dan mereka cadang nak buka branch kat Kuantan so mereka perlukan pekerja di kuantan. Yang bagusnya panel tu tak suruh pon aku pergi interview kat company tu. Dia prefer untuk whats app video call dan lagilah aku ok. Tak silap aku jawatan ni adalah Admin Assistant. Antara yang ditanya adalah :


1) Tell me about yourself?
2) How you manage stress/pressure?
3) Why should we hire you?
4) What is your strength and weakness?
5) Are you willing to travel?
6) Why did you leave your last job?
7) What did you do on your last job?


Interview berjalan dengan lancar cuma macam biasalah mesti ada gangguan line dan kurang jelas so aku banyak kali kena repeat dan cakap dengan lebih jelas.


Antara reference yang aku akan refer for interview adalah youtube sebab dekat youtube banyak sangat guide untuk kita berhadapan dengan interview. Linda Raynier adalah corporate youtuber favourite aku sebab banyak sangat tip yang diberi dan kesemuanya jelas dan mudah nak faham siap bagi sekali dengan sample answer. English dia pon senang nak faham dan belajar sebab dia asian macam kita so accent tu bunyi macam accent asian yang biasa. Cara dia cakap macam orang chinese cakap dengan kita, simple saja ayatnya. Tapi janga risau kalau nak juga subtitle boleh turn on caption dekat youtube tu. Sangat convenient :)


Linda Raynier :)
Thanks for reading. Pen Off :)

1 comment:

Jannah Ramli said...

All the best. Semoga dipermudahkan untuk mendapat tawaran kerja tu.