Sunday, February 10, 2019

Restoran Minmax PNB Darby Park


Assalamualaikum

Sempena CNY yang lalu team kami ada buat makan makan pada malam 31 Januari lepas. So khamis tu lepas kerja terus kami gerak ke Restoran Minmax berdekatan KLCC, kami gerak pukul 6 petang tapi sampai dalam 7 suku jugakla sebab jammed sangat maklumlah esoknya Jumaat kan KL cuti. Sampai sampai saja terus pergi surau kat level 5 solat maghrib dulu sebab dah agak mesti makan makan start pukul 8 malam kan. Fyi nearest Lrt to this restaurant is Lrt Ampang Park.




Restoran ini halal selain menghidangkan chinese cuisines, dekat sini ada juga dim sum. Tapi dim sum hanya ada waktu lunch saja. Since kami datang untuk dinner kami just makan chinese cuisine dan of course yee sang.




Besar sangat restoran dia, selain team kami ada juga pengunjung lain yang datang untuk sambutan chinese new year.


light snacks provided iaitu ikan bilis bijan. rangup dan pedas

Macam biasa sebelum makan, kena tossing yee sang dulu. Ini kali kedua aku makan yee sang ok rasanya macam manis manis masam pickle, yang paling aku suka ada keropok tu yang sedap. haha. Sebenarnya tossing yee sang ni tak perlu nak sampai messy pon sampai keluar dari pinggan sebab nanti membazir, yang penting dah completely mix up ok lah tu. Dulu pon aku ingat kalau makin messy makan bagus tapi my colleagues cakap sebaliknya.




baru tahu rupanya chopstick untuk yee sang lagi panjang dari chopstick biasa sebenarnya.

Lepas tossing kami akan makan yee sang dulu sementara menunggu makanan lain sampai. Sambil sambil tu pekerja situ akan bersihkan meja kita tadi. Untuk dinner kami order 2 main dishes iaitu nasi goreng dan mi goreng in large portion. Nasi goreng memang sedap gila nampak simple saja tapi rasa memang sedap. Mi goreng pula dia macam guna mihun tapi versi mihun yang tebal macam tu, yang tu pon sedap. Aku tak tahu apa nama chinese dia tapi macam gambar di bawah.




Untuk side dishes kami order bean curd, kailan, salted egg yolk squid. Untuk bean curd kami requested kat owner tu untuk letak canned abalone yang kami beli dari luar. Nasib baik owner tu bagi.


Bean curd with canned abalone

kailan with roasted garlic

salted egg yolk squid

tak ingat nama apa udang ni. 

Banyak lagi yang kami ordered tapi macam biasalah sedap makan dulu, borak borak semua. Dalam pukul 10 malam kami pon bergerak pulang ke rumah masing masing.
Would i return? Oh definitely to try out their dim sum. Pen off :)

2 comments:

Pen Biru said...

assalamualaikum sahabat blogger.lama saya tak jengah sini..gigih betul ye upadte blog dan masih bertahan sampai harini..salam ukhuwah buatmu

~Sya~ said...

assalammualaikum, salam ukhwah. done follow back