Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 6, 2019

Tempat Makan Sedap di Kuantan


Assalamualaikum

Sila baca di bawah list tempat makan best/hipster/sedap di kuantan

Bahagian I
Bahagian II

Kali ini nak review 6 lagi tempat yang bagi aku sedap untuk lepak sambil makan.


1) Beanz & Co

Masa birthday aku tahun lepas aku ajak kakak kakak aku makan di sini dan ternyata makanannya sedap. Beanz & Co serves western food, coffee dan juga cake. Aku suggest korang datang waktu birthday korang sebab nanti korang boleh redeem free cake. Just tunjuk IC dan boleh pilih kek apa yang nak, Boleh tengok ambiance dan review makanan di sini


A892 2 25050, Lorong Sri Kuantan 51, 
Perkampungan Seri Teruntum, 25000 Kuantan, Pahang
Open daily 9am-12am except Wednesday
09-513 5222


2) The Blossom Swiss Garden

Bagi aku dim sum yang sedap di kuantan adalah di The Blossom tapi make sure korang kena booking dulu sebab biasanya memang akan penuh. Dim sum di sini charged by plate tapi kalau nak lagi jimat korang boleh pergi waktu dinner sebab ada buffet. Yang kami makan ni waktu lunch so agak agak berhati hati sikit masa nak pilih, tapi nasib baik my sisters belanja sempena birthday aku. ^-^ Boleh tengok ambiance dan review makanan di sini.


Level G, Swiss Garden Resort & Spa, 2656~2657, 
Mukim Sungai Karang, Balok Beach, 32200 Beserah Kuantan,
Open daily
Lunch : 12.30 pm – 2.30 pm
Dinner : 6.30 pm – 10.30 pm
09-544 7333


3) Little Arabia Kitchen

Kalau dah jemu sangat makan makanan manis atau western, korang boleh cuba makan ala arab pula di Little Arabia Kitchen. Seriously harga berbaloi dan sedap bagi aku terutamanya nasi arab dia. Boleh tengok ambiance dan review makanan di sini.


S3-G-03, Swiss Garden Resort Residences, 
Jln Kuantan - Kemaman, 26100 Kuantan, Pahang
Open daily 10am-10pm
012-666 8689


4) Say Cheese TC

Kalau biasa orang luar datang Kuantan, mesti akan jejakkan kaki di Teluk Cempedak kan. So alang alang dah pergi sana korang boleh try minum di Say Cheese. Say Cheese hanya menghidangkan aneka crafted tea dan aiskrim. Konsep macam tealive/chatime/cool blog semua tu. Tapi yang ini memang sangat sedap sebab ada cheese dalam air tu, favourite sangat lagi lagi konsep ini daripada Korea. Boleh tengok ambiance dan review makanan di sini.


Teluk Cempedak, 25050 Kuantan
[ Mon-Thu ] 4pm-12am
[ Fri ] 4pm - 1am
[ Sat ] 12pm - 1am
[ Sun ] 12pm - 12am
Tuesdays close


5) Daebak Cafe

Ok lagi satu cafe yang berkonsepkan korean iaitu Daebak Cafe. Kalau datang Daebak Cafe korang patut cuba signature di sini iaitu Kimbap/Tteokbokki sebab rasanya memang authentic. Selain itu ada juga dihidangkan cakes, coffees dan waffle. Boleh tengok ambiance dan review makanan di sini.


A275, First Floor, Star City,
Jalan Taman Beserah, 25300 Kuantan,
Open daily 11am-10pm except Sunday
017-9148747


6) King's Bakery

Penggemar roti atau tart macam kak teh aku memang patut pergi Kings Bakery ini sebab pastri yang dihidangkan memang fresh dari oven, banyak pilihan dan yang penting sedap. Setiap kali kami pergi mesti tak pernah tak ramai. Aku paling suka donat dan cheese tart kat sini. Kings bakery ini terletak dalam satu bangunan yang sama dengan Daebak Cafe. So boleh singgah la kalau dah lalu kan. Yang ini aku tak sempat nak buat review sebab lepas beli terus ngap tak sempat nak ambil gambar pastri dulu.


B26, Ground Floor, Star City,
Jalan Taman Beserah, 25300 Kuantan,
Open daily 9am-10.30pm
09-5681718
Thanks for reading. Feel free to comment if you have another place to recommend :)

7 comments:

IRDINA said...

Menarik juga area kuantan ni.

Warisan Petani said...

Banyak pilihan

Riyu Pratama said...

Halo saya pemilik Amtread dari Blogger Indonesia ingin memberi tahu tentang 3 artikel utama saya.

- Download lightroom mod apk
- Cara Ping Artikel
- Cara Mengecek Broken Link Blog

Kamu bisa mengunjunginya satu persatu bila kamu membutuhkannya. Salam hormat Amtread.

Dayu Anggoro said...

Nice post. Hello, I'm Abang Dayu, and i will share 3 new artikel from Abang Dayu Blog - # Personalblogger

- Blogger Milenial
- Blogger Resolution 2019
- Tomorrow Today Fund Festival

Best Regards,
Abang Dayu

myretina said...

kena cari makan di kuantan pulak... done follow. TQ

Redaksi said...

Hai, artikelmu sangat bermanfaat. Aku suka!
.
Salam kenal, saya Hotlas Mora, dari team Lagi-Lagi Media. Ingin share 3 artikel terbaru dari salah satu media baru kami Tuminesia - Media Baru juga Cerdas untukmu Generasi Millenial. Berikut artikelnya:

- Cara Mengurangi Dampak Polusi
- Cara Cepat Dapat Kerja
- Cara Jadi Instagramer

Salam millenial, saya Hotlas Mora

TukangKebun said...

Banyak pilihan makanan nya pasti rambang mata.