Friday, March 22, 2019

Althea Korean Beauty Shop


Assalamualaikum

Tak dinafikan sekarang ni korean beauty telah banyak mempengaruhi rakyat Malaysia untuk mencuba produk kecantikan mereka kan tak terkecuali juga aku. Tapi make sure sebelum mencuba tu kena pastikan dulu apa jenis kulit kita samada kering, berminyak atau combination. Mine is combination dimana kering di V zone tetapi berminyak pada T zone. Disebabkan terlalu malas nak pergi physical korean outlet skincare aku pon terus tengok tengok website Althea dan surprisingly produk mereka bagi aku berpatutan dan bahan bahan yang digunakan kebanyakan non chemical. 


Perlu diingatkan Althea ni barangannya memang dari Korea dan mengambil masa maximum 14 hari shipping ke rumah kita. Tapi yang paling best adalah walaupun shipping from Korea tapi tiada kos penghantaran yang dikenakan kepada pelanggan. Parcel sampai dalam keadaan selamat dan dibungkus cermat dengan bubblewrap setiap item. Dalam 5 item juga yang aku beli semuanya total tak sampai Rm100.


comelkan warna pink

Selain Korean skincare, Althea juga ada Althea skincare sendiri dan jika korang beli walaupun satu item produk Althea korang akan dapat free gift berupa sticker, sample etc. Time aku beli ni aku dapat stiker Althea memang sangat cute dan menarik. Barang barang ni semua aku beli Januari lepas tapi aku baru post harini sebab aku nak cuba sendiri dulu dan kongsikan dengan korang produk yang aku rasa okay dan tak okay. Ada antara item yang dah habis digunakan dan ada yang masih bertahan sampai hari ini.





Althea Petal Velvet Powder (3g) Rm16



Petal Velvet Loose Powder ni memang best gila sebab texture sangat lembut dan halus senang nak sapu di muka. Biasanya aku pakai loose powder ni selepas apply sunscreen dekat muka, memang rasa halus sangat kulit muka. Ada 3 code iaitu warm beige (natural), translucent (putih) dan lavender (pink). Aku ambil code translucent (warna putih) sebab aku lagi suka loose powder warna putih sebab bila aku pakai kat muka aku rasa macam pakai bedak baby tu. Bau dia memang harum bau macam bunga dan yang penting non comedogenic (tak menyumbat liang roma) and sebum control. Aku pakai bedak ni setiap pagi before pergi kerja, tahan dalam 2 bulan. 

Repurchase? Definitely yes


Dinoplatz Oil Paper To The Sponge (50 Sheets) Rm18



Sebelum ni aku pernah guna kertas minyak Clean and Clear, so sekarang ni aku guna yang oil paper from Dinoplatz sebab packaging nya yang menarik dan yang penting attached sekali dengan mirror. Cara pakai senang saja mcam kau pakai bedak, just pat dekat muka tapi aku lagi suka guna tangan sebab lebih puas hati. Best pakai oil paper ni sebab ianya daripada pokok mulberry sangat absorb minyak muka. Tahan lama sebab biasanya aku guna waktu lunch setiap hari.

Repurchase? Yes


Power 10 Formula VC Effector (30ml) Rm30



Vitamin C serum ini adalah serum pertama yang aku guna sebab ianya penting untuk sekatakan tona kulit. Serum ni bagi aku okay ada bau lemon, cepat serap dan tahan dalam 2 bulan (kalau guna 2 kali sehari macam aku). Kesan yang aku dapat tengok adalah kulit aku lebih anjal tapi tak nampak sangat kesan untuk tona kulit sekata, mungkin makan masa sikit. Serum ini adalah antara serum yang berpatutan bagi aku. Sekarang pon serum ni dah habis dan aku cuba serum yang lain pula.

Repurchase? No


Jeju Volcanic Pore Clay Mask (100ml) Rm38



Clay Mask ni bagi aku ia tak memberi kesan kepada kulit aku sebab black/white head aku tetap ada dan aku tak tahu apa claymask ni buat kat kulit aku. Bila pakai ada rasa macam panas sikit tapi senang tanggal dan yang penting tahan lama. Pakai claymask ini pon 2 kali seminggu macam tu dan sampai sekarang masih bertahan lagi.

Repurchase? No


Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist (150ml) Rm16



First time guna facemist terus aku jatuh cinta sebab facemist aloevera ni sangat refreshing, ringan, senang serap dan tak merosakkan makeup malah buat makeup tampak lebih segar dan tahan lama. Kalau korang biasa guna soothing gel yang sapu tu, macam tulah rasa soothing bila kita spray kat muka. Biasa aku guna facemist ni waktu keluar jalan jalan dan waktu aku period sebab muka tak kena air wudu' so macam belengas sikit muka. Sampai sekarang masih bertahan lagi sebab hanya spray 2 kali saja dimuka cukup untuk beri kesegaran di muka.

Satu lagi tip kalau nak guna toner, better beli spray toner sebab seriously kalau guna spray memang lagi jimat berbanding kau tuang kat tangan/guna kapas muka. Tak pon beli bekas travel kit yang spray dan boleh isi toner dalam bekas tu.

Repurchase? Yes
Happy weekend. Thanks for reading. Pen off :)

2 comments:

Warisan Petani said...

Hebatnya pengaruh Korea ni

Raz said...

blot paper tu menarik!