Sunday, March 10, 2019

Tempat Makan Sedap di Shah Alam


Assalamualaikum

Dah lama juga tak pergi Shah Alam, rasanya last pergi masa puasa tahun lepas sebab teman kawan cari baju raya di Shah Alam. Bagi aku Shah Alam memang hidup kawasan dia sebab banyak butik, dan tempat makan pon sedap (kawasan student UiTM). Dulu masa aku sewa di Ara Damansara selalu juga aku turun Shah Alam jumpa Aliah kat sana, dia lah yang bawa aku pergi cuba makan di area sana terutamanya Seksyen 7, sekarang dia dah kahwin dan bakal melahirkan anak, memang jarang dahla jumpa :) 

So hari ini disebabkan tak boleh tidur pagi ni, rasa nak review tempat makan best di Shah Alam, ada antara tempat makan yang aku sempat buat review dan ada yang tak bergantung pada tahap kelaparan masa pergi makan tu.


1) Nasi Lemak Cinta Sayang

Orang Malaysia kalau tak makan nasi lemak memang pelik sebab siapa boleh resist nasi lemak yang sedap wei. Kat sini korang tak perlu bangun awal untuk makan nasi lemak sebab Nasi Lemak Cinta Sayang ni memang buka 24 jam dan menghidangkan nasi lemak setiap masa. Yang paling sedap nasi lemaknya sebab banyak aneka lauk pilihan dan seriously sambal dia sedap sangat, pedas tapi pedas yang boleh diterima. Kau nak ambil banyak mana sambal pon tak kisah. Selain nasi lemak, ada juga makanan nasi campur dan masakan panas disediakan.



2, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
013-338 3038
Open 24 hours


2) Murni Discovery

Restoran Murni ni rasanya semua orang tahu sebab restoran ni famous dan banyak outlet di sekitar KL dan selangor. Aku pernah pergi yang dekat Bukit Jalil punya tapi tak pernah cuba dekat Shah Alam. Apa yang best restoran Murni ini adalah ia menghidangkan semua jenis makanan samada western, mamak, malay, satay atau dessert. Katakanlah kalau korang datang bawak kawan kawan yang tak pernah sekepala dalam pilih makanan, korang datang saja di Murni sebab confirm boleh order apa yang tekak korang nak makan.



Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SelangorOpen everyday 4pm-4am
Monday closed
03-5523 7129


3) Ayam Bakar Wong Solo

Aku suka makan nasi ayam penyet dan kitorang dulu masa kerja kat Ara pernah jugalah pergi lunch di Wong Solo sebab nak makan Nasi Ayam Penyet. Ayam Penyet kat sini menarik sebab pengunjung boleh pilih samada nak makan Ayam Bakar atau Ayam Penyet, biasanya ayam bakar ambil masa lama sikitlah tapi memang sedap. Kalau pergi waktu lunch memang ramai gila orang sebab restoran ini dibuka pada waktu lunch, dan kena tunggu juga lah makanan sampai. Kat sini air masak memang akan diberi pada pelanggan, tapi kalau nak order air lain pun tak apa. Tak suka ayam? lele penyet pon ada juga.


kedai warna hijau

No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Open everyday 11.30 am - 11pm
03-5523 2894


4) Ahmad Lim Black Pancake

Untuk sweettooth memang patut cuba Ahmad Lim Black Pancake sebab pancake yang dihidangkan memang tempting dan ada pelbagai perisa. Aku penah try nutella punya memang sedap tapi disebabkan aku bukan peminat nutella so aku makan sikit sajalah sebab manis dan agak berminyak sikit masa aku makan beberapa tahun dulu, so mungkin sekarang dah berbeza perhaps. Satu pancake besar tu range harga dari Rm20 - Rm35 bergantung pada jenis perisa yang nak letak atas tu. Sangat sesuai untuk hadiahkan kepada birthday boy/girl sebab lagi menarik kan kalau bagi pancake instead of bagi cake macam dah biasa. Boleh baca review makanan di sini.



Jalan kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Open everyday 4pm - 11pm
019-203 9501


4) Food Truck Cendol Durian Seksyen 7

Best gila lepak kat tepi jalan petang petang sambil makan cendol durian dan laksa penang. Kat sini setiap petang memang akan ada banyak foodtruck yang menjual pelbagai jenis cendol, laksa, pisang goreng, rojak dan lain lain. Aku tak tahu nak bagi alamat spesifik apa untuk area cendol ni sebab memang betul betul tepi jalan dengan food truck banyak dan berdekatan dengan Kilang Tamco. Cendol durian aku makan tak mahal sangat pon dalam Rm7 saja, memang sedap, boleh baca review makanan di sini.



Area Kawasan Perindustrian Selatan, 41050, Jalan Keluli 1, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

5) Rumah Makan Cibiuk

Peminat makanan Sunda memang patut datang Cibiuk sebab restoran ini menghidangkan aneka makanan tempatan orang Sunda. Paling best retoran ini adalah ia menghidangkan aneka sambal yang ada tahap pedas berbeza iaitu sambal mangga, sambal kicap, air asam dan sambal gilis dan boleh ambil banyak mana kita nak. Kami makan time bulan puasa memang kena booking dulu dan surprisingly kami boleh habiskan semua sambal yang kami ambil tu. Kami makan nasi liwet dan nasi timbel, boleh baca review makanan di sini.



Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Saturday - Thursday 11am till 11pm
Friday 3pm till 11pm
03-5524 0691


7) Chemistry Cafe + Lab

Kalau korang rasa bila berkawan ni macam susah nak faham masing masing dan tak ada chemistry, so better datang Chemistry Cafe yang bertempat di Seksyen 7 untuk wujudkan balik chemistry itu. Cafe ni memang cantik dan unik, konsep di sini layan diri dan makanan/minuman yang dihidangkan dalam bekas ujikaji makmal seperti kelalang kon, silinder penyukat, balang gas dan picagari. Di sini hanya menyediakan aneka coffee, cakes dan western food, boleh baca review makanan di sini.


even staff pon pakai labcoat ye nak buat exksperimen makanan

26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Monday to Thursday : 12pm - 1am
Friday : 3pm - 1am
Saturday to Sunday : 10am - 2am
03-5523 9988
Ini hanya review peribadi aku, mungkin berbeza atas orang lain ye. Thanks for reading :)

2 comments:

norhidana miswan said...

akak dh lama sgt tak jln2 ke shah alam, last pegi sana masa konvo adik aku kt uitm tu pun mungkin 5 tahun dulu kot hehehhe...

Mrs. A said...

Mrs. A lagilah dah lupa bila last time pergi S.A.

Black pan cake tu nampak sedap.