Monday, March 25, 2019

Wedding di Damansara


Assalamualaikum

Sabtu lepas kami pergi 3 kenduri di area Damansara, Subang dan Sg Buloh maklumlah sekarang dah start cuti sekolah memang banyaklah jemputan menghadiri walimatul urus. Kenduri pertama yang paling kami eksited adalah kenduri di Damansara disebabkan waktu tu memang tengah lapar dan juadah yang dihidangkan pula memang banyak serta sedap. 




cantik hiasan bunga orkid yang tergantung di entrance menyambut ketibaan tetamu datang



Sebaik saja melangkah masuk dewan terus terpana  melihat pelamin yang gah dan cantik rupanya 2 pasang pengantin majlis sambut menantu belah lelaki. Memang puas hati sangat kami makan sebab orang pon tak ramai dan tak rushing pon. Makanan utama adalah nasi beriyani manakala untuk makanan sampingan berupa aiskrim, bubur pulut hitam, kuih dan kambing bakar. Paling best bila ada sekali minuman panas yang dihidangkan iaitu teh tarik dan kopi o.




dewan ni besar sangat dan cantik

ketibaan pengantin

doorgift berupa epal hijau yang disalut dengan aising

wedding wishes

Benda yang paling aku suka adalah photobooth time kami ambil gambar memang tak payah beratur pon sebab tak ada orang. Tapi lepas kami bergambar terus beratur orang nak ambil gambar juga. 




Memang kenyang sangat tapi bila masuk kenduri kedua kami cuma ambil side dishes dan kenduri ketiga pula baru makan nasi balik sebab dah start rasa lapar kan.
Thanks for reading. Pen off :)

7 comments:

Julia Johari said...

Meriahnya, cantik betul pelamin tu terpanah mata melihatnya.

Cik Nor said...

meriah kenduri musim cuti sekolah..:)

Nurzakiah Hanum said...

merihanya

norhidana miswan said...

cantik pelamin nya.... pastu siap ada photobooth tu g best tuh...

minggu ni last la kenduri2 kawin nih...compom sehari sampai 2-3tempat

Ty Dhiaa said...

Haiii.. Follow my blog back. Thank you 😊😘

Siti Yang Menaip said...

cuti sek memang sinonim musim orang kawen.. tudia tiga kenduri terus hihi..
ada gak dapat jemputan rakan2 tapi semua jauh2..

Ann Ishak said...

doorgift menarik :D