Sunday, April 7, 2019

Cara Hilangkan Panas Lada di Tangan


Assalamualaikum

Semalam masak nasi goreng, so potonglah 2 tangkai cili merah untuk rasa lagi pedas. Aku pula sejenis yang akan buang biji cili tu sebab bagi aku biji tulah yang membuatkan makanan lagi rasa pedas dan silap silap boleh sakit perut makan banyak biji lada kan. Tanpa aku sedar aku dengan yakinnya boleh kutip biji cili tu macam tu tanpa alas apa apa kat tangan tu. Lepas masak dan makan tu tak rasa lagi panas tangan tu. Tapi bila lepas Isyak aku rasa macam area tepi mata aku pedih mungkin sebab tenyeh mata dan kemudian terus rasa panas, pedih satu tangan kiri aku ni. Makin lama makin pedih dan aku tak boleh tidur. Aku pon terus search kat google cara hilangkan pijar lada di tangan. Pijar tu macam rasa bahang di tangan, pedih, gatal dan panas. Ini pon first time dengar perkataan pijar tu. Banyak cara yang dikongsi ada yang berkesan dan ada yang tidak.




Perkara pertama yang perlu buat kalau dah pegang cili ialah

1) Lalukan tangan di air yang mengalir

Sama saja konsep kalau kita terkena minyak/air panas. Firstly, kena sejukkan dulu punca panas dalam tangan tu dengan cara letak tangan kat air paip selama 5-10 minit. Boleh baca tip terkena air panas.


Perkara kedua yang perlu buat kalau dah rasa panas cili adalah perlu melakukan salah satu cara di bawah ini:

# Genggam ais / Rendam tangan dalam air sejuk

Bila aku dah start rasa panas semalam terus aku rendam tangan dalam air sejuk memang berkesan dan tak rasa panas dah tapi hanya sekejap. Bila air sejuk dah bertukar suhu biasa, kau akan rasa panas balik. Sebab tu lagi ok kalau kau lalukan di air yang mengalir tapi membazir la pulak air kan.


# Lumur tangan dengan garam/gula


Yang ni aku tak cuba sebab garam/gula aku tak banyak dan satu lagi aku rasa cara ni leceh sebab takut nanti berterabur garam/gula kat bilik aku. Tak pon boleh masukkan sedikit garam/gula dalam air dan rendam tangan dalam tu. Ada yang aku baca jadi dalam entri ini.


# Sapu susu pekat di tangan

Yang ni aku skip sebab tak ada susu pekat.


# Rendam dalam air asam jawa

Yang ni tak buat sebab tak ada asam jawa.


# Genggam beras

Aku cuba cara ni dengan menggenggam dan melumur tangan dengan beras tapi selepas 10 minit tetap tak berkesan dan masih rasa panas nyit nyit. Mungkin kau kena masukkan tangan dalam tong beras baru jadi. ^-^


# Lumur dengan minyak masak (berkesan untuk aku)


Selepas cubaan genggam beras tak jadi, aku terus sapu minyak masak dekat seluruh tangan aku dan after 10 minit Alhamdulilllah aku tak rasa panas dah di tangan. Even after aku bilas tangan pon, dah tak rasa pijar tu. Memang menjadi dan tak leceh pon cara ni, lepas sapu tu mungkin boleh baring kejap sementara menunggu.


# Pegang alatan logam

Yang ni tak cuba sebab after pegang sudu/senduk logam kena alirkan tangan pada air yang mengalir so aku tak buat sebab macam complicated. Teori ini adalah untuk memindahkan haba panas dalam tangan tu kepada alatan keluli tu kalau ikut logik sains.


# Genggam hampas kelapa

Tak ada kelapa, so tak sure jadi ke tak cara ini. Tapi kalau ikutkan hampas kelapa memang sejuk even air kelapa pon berfungsi untuk sejukkan badan apatah lagi hampas kelapa.


# Sapu losyen/aloe vera/moisturizer

Kalau ada aloevera gel tu lagi bagus sebab it will soothe your skin. Selepas rasa pijar tu hilang, aku terus sapu Bio Oil di tangan dan terus tidur nyenyak. Bio oil tu tak boleh sapu masa tangan masih pijar sebab nanti tetap akan rasa panas. Lepas pijar hilang baru boleh sapu bio oil sebab bio oil hanya digunakan apabila pijar/luka dah sembuh. Alhamdulillah bangun pagi ini tangan rasa ok macam biasa.

So next time please pakai sarung tangan atau cuba kurangkan pegang cili terutamanya biji cili untuk elakkan pijar cili terkena nak nak kalau potong cili kering kan.

4 comments:

Warisan Petani said...

Blend aje

norhidana said...

hehehehe blh gelak kn je...

akak biasa klu potong cili utk msk apa2 atau time tumbuk cili tu, akak kan cpt2 bsh ngn air mengalir tangan akak or mana2 tempat yg terpercik cili tuh, selalu nya klu terus cuci mmg tak kn terasa pns tuh...

cumanya klu lps dh pegang cili tu akak tak cuci tgn mmg akan panas sikit lah

Acuyuhan said...

Tq tips kak

Nadiah Suhaidi said...

Terima kasih info nya :)