Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 6, 2019

Eyes From The Abyss dan Hiatus Budak Tomato


Assalamualaikum

Bulan lepas aku berjaya habiskan 2 buah buku dalam 2 bulan. Itulah aim aku untuk banyakkan membaca even tak boleh nak habiskan seminggu 1 buku tapi tetap juga boleh habiskan 1 buku sebulan. Macam biasa akan review jalan ceritanya untuk kenangan di dalam blog in case aku terlupa nanti. Ini senang kalau ada blog kita boleh google saja apa yang nak dicari instead of scroll semua photo kat Instagram kalau terlupa ^-^ Kalau korang yang suka membaca tak perlu pon nak beli buku baru, korang boleh cari preloved buku di Ig sebab disamping buku yang dijual lebih murah, bukunya pon masih elok terjaga seperti buku di bawah ini aku beli buku terpakai saja. 




#EYES FROM THE ABYSS (English version)
#MENGINTAI AKU DI NERAKA (Malay version)

Untuk pembaca yang tidak tahu aku seorang yang memang follow setiap novel Hadi Fayyadh sebab dah terjebak wei daripada buku best seller pertama lagi boleh tekan title buku di bawah untuk baca sinopsis



Sekarang ini dah ada buku terbaru iaitu Infinity War, The Last Kingdom dan Bencana 2020, tapi tiga tiga buku ini aku tak minat nak beli sebab jalan ceritanya lebih kepada fakta dan perbincangan. Aku lagi suka jalan cerita novel yang penuh keinsafan dan bayangan yang memang menusuk kalbu sekaligus memberi keinsafan kat kita seperti buku di atas. 




Eyes From The Abyss ini mengisahkan Aleeya Qistina yang ingin membunuh diri dengan cara terjun tebing yang tinggi akibat kekasihnya Riel minta untuk putuskan hubungan. So bagi Aleeya tak guna untuk beliau hidup jika kekasihnya sendiri tidak lagi suka padanya. Apa yang dirancang oleh Aleeya tidak seperti yang dirancang kerana ada sesuatu yang menghalangnya daripada terjun.

Justeru itu beliau terus membuat keputusan untuk menukar agamanya dan cara pemakaiannya. Bermulalah pada malam dia membuat keputusan untuk murtad, dia pergi ke kelab malam dan disitulah dia bertemu dengan seorang lelaki misteri yang mempunyai parut melecur di mukanya. Lelaki itu seolah tahu apa yang bermain di fikirannya ketika itu dan lelaki itu menawarkan minuman kepada Aleeya. Apa yang berlaku selepas Aleeya menerima pelawaan lelaki itu ialah segalanya di kelab malam itu bertukar daripada pengunjung, minuman,dan makanan. Pengunjung kelab malam itu bertukar kpada makhluk yang bertanduk, air dan makanan menjadi nanah, najis dan darah.

Selepas kejadian itu bermulalah episod Aleeya kembali kepada hari hari yang dia pernah laluinya berjumpa dengan seorang nenek dan budak perempuan misteri. Aleeya juga membawa diri ke suatu tempat tapi sayangnya dalam perjalanan ke tempat yang dituju, dia menghadapi banyak halangan yang membawa dia merasai secebis pengalaman di Neraka, mengimbau kembali kebaikan dan amalan yang pernah dilakukannya. Segala kejadian yang berlaku itu membuatkan Aleeya terfikir yang dia tidak patut mudah mengalah dalam kehidupan dan masih bersyukur kerana diberi peluang untuk tidak menamatkan kehidupannya sendiri. 

Eyes From the Abyss ini sama saja jalan cerita dengan Mengintai Aku di Neraka bezanya hanya penulisan Eyes From the Abyss dalam bahasa Inggeris manakala Mengintai aku di Neraka dalam bahasa melayu.




#HIATUS BUDAK TOMATO



Hiatus Budak Tomato ini menceritakan Amir Thalhah seorang pemuda yang luarannya memang nampak beriman, seorang penulis buku, seorang hafiz yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Dubai. Tapi disebalik apa yang dimilikinya Amir Thalhah seorang yang protes, suka mencederakan diri sendiri disebabkan ayahnya jenis yang ingin anak anaknya ikut apa yang ayahnya rancang termasuklah jodoh. 

Pada hakikatnya Amir dan kawan kawannya adalah pelajar yang sangat bebas bersosial, pergi kelab malam, masuk hotel dan mempunyai teman wanita bernama Nia. Segalanya berubah apabila Amir menghadiri jemputan untuk memberi motivation talk kepada student di Rusia dia bertemu dengan Dr Raudhatul Hifza yang juga seorang motivator. Amir merasakan Raudhah adalah wanita yang ingin dikahwininya tapi dalam masa yang sama Thalhah telah bertunang dengan wanita pilihan ayahnya iaitu Tasnim aka kawan masa kecil.

Bermacam cara yang dilakukan untuk menambat hati Dr Raudhah dan dalam masa yang sama Amir telah mencabar bapanya dengan cara memutus pertunangan bersama Tasnim tanpa berbincang terlebih dahulu. Perlahan lahan Amir cuba untuk berubah kearah kebaikan untuk meminang Dr Raudhah yang 12 tahun lagi tua darinya tapi datang pula dugaan lain iaitu Nia teman wanitanya membuat perkara jahat terhadapnya.

Cerita ini macam trgantung dan ada kesinambungan yang lain so kenalah beli buku next hiatus okay.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok cakap pasal buku sekarang ini masih lagi berlangsung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang bermula dari 29 Mac dan akan berakhir pada hari esok. Semua buku dijual dengan harga jauh lagi murah dan paling penting anda berkemungkinan dapat berjumpa serta minta autograf penulis kesayangan anda. Aku dah pergi dah minggu lepas sempatlah grabbed 2 buku lejen, memang ramai gila orang dan dapat jumpa Hadi Fayyadh penulis buku Eyes From the Abyss. Nak pergi senang saja just turun di LRT PWTC.
Thanks for reading. Have a nice weekend and pen off :)