Thursday, May 16, 2019

Berbuka Puasa di Ikea Cheras


Assalamualaikum

Sebelum puasa lagi dah plan nak keluar dengan kawan sekolah rendah iaitu Mimi untuk berbuka sekali alang alang dah setahun tak jumpa. Tahun lepas pun kami jumpa untuk buka puasa juga di NU Sentral sekarang ni kami decided nak makan kat IKEA Cheras sebab Mimi dah lama tak makan meatball katanya. Nak pergi IKEA Cheras/MyTown senang saja, just ambil MRT turun di MRT Cochrane dan masuk MyTown dulu sebab mytown dan ikea ni sebelah sebelah saja, kemudian baru akan jumpa IKEA. Disebabkan dah masuk Mytown lah tiba tiba boleh ternampak Watson dan terbeli pula barang unplanned. Haha takpalah. Disebabkan Mimi sampai selepas waktu berbuka so kami solat Maghrib dulu di surau bersebelahan restaurant dan kemudian aku beratur ambil makanan kami berdua sebab orang dah mula ramai selepas Maghrib. 


Sempena Ramadhan ni, Ikea ada memperkenalkan menu baru iaitu Nasi Arab/Nasi Kabsah tapi sayangnya dah habis thus kami berdua makan meatball, salmon, salted egg chicken wing dan soft drinks. Tapi honestly aku perasanlah side dishes waktu berbuka tak banyak pilihan selain di bawah ini. Aku tak nampak pula area confectionary, yang ada hanyalah pastri, cake, salad, garlic bread dan mushroom soup. Oklah better than none, mungkin kuih muih banyak dihidangkan untuk area buffet ramadhan.


chicken wrap, caesar salad, marinated salmon, shrimp sandwich

almond cake, apple pie, blueberry cheese tart, raspberry cake



Soft Drinks = Rm2.10
Meatball 16pcs = Rm16.50
Marinated Salmon = Rm11.90
Salted Egg Chicken Wing 6 pcs = Rm17.50


Honestly aku rasa meatball dia macam tak sesedap sebelum ni, kentang putar pon macam rasa something. Mimi ambil salmon sedap jugalah, ada rasa masin sedap dicicah dengan mustard sauce dan diperah dengan lemon. Aku try menu baru iaitu salted egg chicken wing sedap juga bagi aku tapi aku lagi prefer chicken wing biasa je. Mungkin sebab kuah tu tak berapa nak kena dengan aku. Tapi overall memang kami kenyang gila, makan slow slow untuk habiskan makanan. Tapi tak habis juga so jangan risau boleh beli bekas polisterine di kaunter cashier ikea. Kalau dulu Ikea menggalakkan pelanggan beli tupperware ikea untuk bungkus kan tapi sekarang ikea ada jual bekas polisterine hanya Rm0.40 saja satu bekas.


salted egg chicken wing

Lama juga kami makan sembang sembang semua sampai pukul 930 malam. Kemudian ingat nak terus balik tapi Mimi nak jalan jalan kat Ikea memandangkan Mimi nak beli something. So kami pon berjalan dan bergambar semua. Antara semua pameran bilik yang paling kami tertarik mestilah bahagian anak patung di bawah ini.


who can resist these squishy dolls



Best jugak sebenarnya pergi Ikea waktu malam sebab memang orang tak ramai, boleh pilih barang lama lama dan juga boleh berangan sekali bilalah nak ada furniture macam ni. Walaupun orang tak berapa ramai tapi tetap panjang juga queue kaunter bayaran. So dalam 1030 malam jugak kami bergerak pulang.


Mimi bersama ikannya dan bilik idamannya :)

Oh ya Ikea pon ada Buffet Ramadhan tau. Mula mula ingat nak makan IKEA Buffet Ramadhan tapi bila tengok menu semalam tak ada kambing bakar, so batallah makan buffet. Kami just makan ala carte saja sebab takut tak larat nak makan banyak. Tiket hanya boleh beli walk in dan korang boleh tengok dulu menu buffet tu. Disebabkan Ikea ada buffet dan pastinya orang akan stay lama sehingga 930 malam, maka ada surau tambahan untuk perempuan di sebelah restoran pada waktu Magrib dan Isyak. Memang selesa nak solat tanpa rasa sempit.


dulu Rm35 sekarang dah naik mungkin ada menu tambahan :)
OK Thanks for reading. Selamat berpuasa :)

5 comments:

Anum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa

norhidana said...

sesekali ber buka western style ok jgk... tp kalau tgk kepak tu nampak mcm sedapnya...

AzianKhalil said...

dulu teringin sangat nak pergi IKEA tapi takde kat JB...dah lama ada kat JB pun...tak pergi juga..

Anonymous said...

asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
pionpoker
betgratis
paito warna
prediksi hk
bandar ceme

عبده العمراوى said...



شركة رش مبيدات بالجبيل
شركة ماسة للحشرات