Sunday, May 26, 2019

Iftar@KL2019 di Dataran Merdeka


Assalamualaikum

Alhamdulillah kita dah masuk ke pertengahan Ramadhan dan insyAllah bakal menyambut hari raya dalam 2 minggu lagi. Seperti biasa setiap kali bulan ramadhan aku dan Aishah akan cuba cari masa untuk berbuka bersama dengan orang awam di Dataran Merdeka. Cuma kali ini tempatnya agak sempit dan packed sebab bazar ramadhan Jalan Tar sudah dipindahkan di Dataran Merdeka so orang memang ramai sangat sangat.

Tahun ni masuk tahun ketiga kami berbuka di Dataran Merdeka sempena Iftar@KL2019 cuma tahun ini kami bukan berdua lagi sebab Ika pon join. Iftar beramai ramai ini memang diadakan setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa dan berakhir pada hari ini 26 May 2019. Ok boleh baca pengalaman kami berbuka di sini pada 2 tahun lepas:

Iftar@KL2018
Iftar@KL2017




Biasanya lepas asar baru bertolak ke Masjid Jamek dan dalam pukul 6 sampai kemudian kami jalan jalan sekitar bazar sebelum mengambil tempat di atas tikar. Sepanjang menunggu waktu berbuka tu sakanlah kami borak sambil sambil volunteer program mengedarkan borang survey berkenaan keberkesanan program berbuka puasa ini. Sebelum ini tak silap aku tak ada pulak survey ini tapi tahun ni baru ada. Selain itu ada juga kutipan sumbangan untuk Feed For Homeless.


survey form

para sukarelawan yang tak mengenal penat lelah untuk memastikan program berjalan lancar

Juadah yang disediakan adalah Nasi Beriyani lauk ayam dan daging, bubur lambuk, kurma dan air 100 plus. Bagi aku inilah juadah yang paling sedap sepanjang 3 tahun aku buka sana. Tahun lepas kami dapat nasi berlauk tapi sayangnya macam dah nak basi sayur yang disediakan tapi tahun ini sedap. Tahun 2017 nasi ayam kunyit pon sedap juga tapi yang sama setiap tahun adalah airnya memang air oren dan air sirap. Alhamdulillah syukur :)




Sepanjang menunggu waktu berbuka kami dihiburkan dengan lagu nasyid dan nyanyian kerohanian. Alhamdulillah memang kenyang dan bubur lambuk yang dapat lebih tu, panaskan dan makan untuk sahur pagi tadi.


thanks korang :)
Jangan lupa korang bangun tengah malam untuk 10 malam terakhir ye ^-^ 

10 comments:

ray said...

tak sanggup nak pgi sbb ramai sgt org hahahha

PeRdU cINta said...

Sebelum ni..masa kak PC duduk KL..teringin sangat nak berbuka di dataran ni..tak telaksana lagi.Mungkin belum rezeki.

Warisan Petani said...

Meriahnya

norhidana said...

meriahnya... tak pernah akak join berbuka sama2 ramai2 gini...
kalau bujang mungkin ok, atau yg ddk area2 situ... klu akak rasanya mmg tidakla... mana ngn nk melayan si aiyan nk suruh sabar tu... mau nngis hehehe

sudipVSsenduk said...

Alhamdulillah tak hujan kan

Unknown said...

haah kalau hujan mmg mkn kt sogo ka jwbnye

insan marhaen said...

dah tua tua cam gini, berbuka kat rumah je lebih selesa. tapi paling best berbuka kat masjid. sayangnya saya masih belum berpeluang ke situ...

Anonymous said...

asikqq
dewaqq
sumoqq
interqq
pionpoker
betgratis
paito warna
prediksi hk
bandar ceme

Arip said...

Terbaik post

عبده العمراوى said...



شركة رش مبيدات بالدمام
شركة الماسة للحشرات