Wednesday, May 15, 2019

Sushi Zanmai Sunway Velocity Mall


Assalamualaikum

Semalam kami bertiga berbuka puasa di luar setelah sebulan juga plan. Mula mula nak cafe hunting tapi last last dah masuk Ramadhan so berbuka puasa sajalah senang. Pilihan ada dua samada Burgerlab atau Sushi Zanmai di Mytown, memandangkan Sushi Zanmai dah penuh di Mytown so kami decided makan di Sushi Zanmai Sunway Velocity Mall. Itu yang best mall ni sebab mall tak packed dan banyak sangat outlet. So pukul 4 petang tu kami dah reserve tempat untuk 3 orang iaitu aku, Hazel dan Laila. Kalau naik public transport, nak pergi Sunway Velocity ini boleh ambil LRT atau MRT turun di Stesen Maluri. Stesen Maluri ada 2 stesen iaitu Stesen MRT Maluri dan Stesen LRT Maluri, then akan ada linkbridge ke mall.  


first time cuba makan di Sushi Zanmai.. affordable lah bagi aku

menu

ruang makan dia pon besar dan tak crowded

flatlay sikit :)

Sunway Velocity Mall ini dalam 10 minit saja dari office, kami keluar pukul 615 petang dan sampai dalam 645 petang. Nasib baik parking masih banyak sebab Sunway Velocity ni kalau weekend memang susah cari parking. Kami sampai terus order dan jangan risau servis memang cepat, makanan cepat sampai kecuali unagi dan kimbap roll.


my dishes

Shirasu Chahan = Rm10.19
Chawanmushi = Rm5.47
Kani Tamago Maki = Rm4.53


Aku kalau pergi Japannesse restaurant aku cuma suka makan edamame dan chawanmushi saja sebab sedap. Yang lain tak pandai nak pilih. Nasi goreng yang aku pilih tu pon oklah rasa macam nasi goreng blackpepper. Kani Tamago Maki tu kimbap roll yang ada crabmeat macam biasa je rasa. Air pon just order green tea hot atau cold sebab boleh refill banyak kali ini dan barulah ada rasa feeling kat jepun kan =) Total kami bertiga makan dalam Rm74.15 termasuk service charge sekali.


Hazel's dishes

Karaage Don = Rm11.13
Edamame = Rm5.47


Spider roll ini memang sedap patutlah lambat sikit sampai.

Spider Roll = Rm19.62
Spicy Ramen = Rm11.13
Ocha (green tea) = Rm1.20


Laila's dishes

Meja yang kami pilih semalam memang kami sengaja pilih tempat yang jauh dengan "rotating sushi bar" sebab takut tak boleh control tangan ambil sushi yang berpusing pusing disitu. Sebab aku pernah dulu masa makan dekat Sushi Mentai dalam entri ini memang kami literally duduk sebelah rotation sushi dan tangan laju saja ambil tau. Bila part nak bayar mulalah tak sangka almost Rm40 haha


sedap pula tengok time menaip ni

OK Thanks for reading. Pen off :)