Sunday, September 22, 2019

Chicken Plus Sunway Velocity


Assalamualaikum

Kami ingat nak makan Kfry semalam tapi meja full, salah kami juga sebab tak booking awal awal. So sebelum hantar aku di rumah, aku pon ajak akak dan kateh aku makan Chicken Plus di Sunway Velocity. Chicken Plus ini baru dibuka orang pon masih tak ramai. Konsep yang sama seperti Kyochon/Kfry yang menghidangkan pelbagai jenis ayam Korea.




Level 2, 15A

menu

Ada pelbagai jenis bahagian ayam iaitu boneless, wings dan drumstick.






Sementara menunggu kami dijamu dengan jeruk radish dan cabbage. Gloves dan wet tissues disediakan.


appetizer

Kami makan 3 jenis perasa ayam dan carbonara seperti dibawah:

Boneless medium Creamy Onion = Rm31
Wings 8pcs Crazy Spicy Chicken = Rm19
Drumstick 2pcs Hot Shocking = Rm12
Carbonara Tteokbokki = Rm20
Green Tea Hot = Rm5
Ice Lemon Tea = Rm6
Plain water = Rm1


Boneless Creamy Onion

Signature food Chicken Plus adalah Creamy Onion, so kami pon cuba. Not bad rasanya creamy onion tu tak rasa bawang pon dan sedap sebab sejuk creamy onion yang dihidangkan. Kami ambil saiz medium pon boleh katakan banyak juga, so better korang ambil small size.

creamy onion yang atas sekali

Crazy Spicy Chicken with Cheese

sebelum letak cheese


Bezanya dengan Kfry ayamnya tak dibalut oleh staf, kat sini staf just letak di atas ayam tu. Memang pedas gila sampai menangis kami semua. Ayam dia sedap bila makan dengan cheese dapatlah kurangkan rasa pedas tu.

selepas letak cheese

Drumstick Hot Shocking

Kalau nak rasa kurang pedas boleh order perisa Hot Shocking, still pedas tapi ada manis manisnya.



Green Tea

Sedap rasa macam roasted tea.



Carbonara Tteokbokki

Kuah memang sedap dan berkrim manakala tteokbokki pula kenyal dan lembut diletakkan bersama fish cake. 



Last last tak habis juga kami makan 3 orang so lebih tu kami bungkus untuk bawak pulang.
Thanks for reading, pen off

4 comments:

arzmoha said...

Wow menarik tengok ada cheese tu.

asunway Velocity ini dekat dengan IKEA tu kan?

ezy.xixii said...

sedapnye..
terliur tgk..

Anonymous said...

haah dkt dgn ikea

Sheila Arshad said...

nampak restoran ni kat 3 Damansara tp tak pernah nak masuk sebab ammi tak nampak logo halal dia. Nanti ammi gi recce2 lagi kot-kotlah terselit logo tu.