Friday, September 6, 2019

Happy Stix Together Auntie Anne's


Assalamualaikum

Kitorang kalau pergi KCM mesti akan singgah Auntie Annes sebab kedudukannya yang strategik. Lepas parking dekat basement, keluar keluar kereta kau akan terus tergoda dengan bau confectionery from Auntie Annes chiefly my sister, Kateh. Masuk masuk mall memang akan nampak store dia dulu, then tibe tiba aku perasan susuk tubuh yang aku kenal tengah beratur nak beli Auntie Annes rupanya Kateh aku tanpa kitorang sedar terus hilang disebalik orang orang ramai yang beratur di Auntie Annes tu. Dia bukan jenis suka menunggu tau tapi demi sosej roll dan cheese stick, dia memang sanggup tunggu. hahaha perangai perangai..




Lepas habis kami jalan jalan mall, sebelum pulang kami beratur lagi nak beli buah tangan untuk rumah thus memandangkan Auntie Annes ada Happy Stix Together, kami pon cubalah. Rm10 choose any 2 bucket. Banyak flavor antaranya Chocolate Mint Stix, Green Tea Stix, Cinnamon Sugar Stix, Sour Cream & Onion Stix dan Coffee Stix. Kami beli semua perisa kecuali cinnamon. 






Happy Stix Together ini ada selama musim kemerdekaan ni sampai Hari Malaysia nanti. Korang boleh tunjukkan semangat cintakan negara dengan menyokong kempen sebegini. Trust me antara semua stix yang kami beli, yang paling sedap adalah Sour Cream and Onion Stick sebab tu yang rasa masam sedap yang lain semua manis gula. Disebabkan tak habis so esoknya kami bakar balik semua stix tu dan akhirnya habis bila makan panas panas. Happy stix ni macam pretzel je cuma dia buat dalam bentuk stik senang nak makan.


Sour Cream Stix

Green Tea Stix

Chocolate Stix

Coffee Stix
OK. Thanks for reading. Enjoy your long weekend!!!