Tuesday, October 8, 2019

Coconut Candy Dat Duo dan Mekong River


Assalamualaikum

Hari kedua di HCM kami kena bangun awal pagi sebab bas dari Bismillah Tour akan fetch kami pukul 8 pagi untuk ke Mekong Delta. Tapi sebelum ke Mekong, kami singgah banyak tempat dan akhirnya sampailah ke tempat terakhir iaitu Mekong River. Sebelum sampai Mekong tu dah banyak perabih duit kat shopping, beli macam macam dll. Perjalanan ke Mekong lebih kurang 2 jam pergi. Untuk ke Mekong bas akan hantar ke jeti untuk naik bot ke sana. HCM memang dikelilingi dengan sungai, macam pulau cuma pulau air kebiruan kan tapi sini sungai.





Masuk masuk saja boat, setiap orang boleh ambil air kelapa yang disediakan di bawah ini untuk hilangkan penat. Memang menyegarkan sangat air kelapa nak nak waktu tu memang panas. Kalaulah ada sudu dah lamalah aku korek isi kelapa dalam tu,









1) Coconut Candy Factory

Tempat pertama bot singgah adalah di Kilang Coconut Candy di bawah. Kat sini korang boleh tengok cara orang vietnam proses kelapa untuk jadikan candy/crackers








Lepas dah masak kelapa bersama bahannya, dia kan sejukkan seperti di bawah ini. Korang boleh rasa raw coconut, bagi aku sedap sebab dia tak campur gula atau apa apa bahan lagi. Habis juga duit disini beli macam macam.


sedap rasa raw coconut.. taoi lekat kat gigi la lepas kunyah


2) Honey Tea

Tempat kedua kami singgah di tempat ternakan lebah. Kat sini bolehlah korang nak beli produk yang berasaskan madu atau nak bergambar dengan lebah di bawah ini.




Cuak juga nak pegang sebab takut tiba tiba terbersin dan terbang pula lebah lebah tu. Oh ya kat sini pon boleh kalau nak bergambar dengan ular sawa, tapi memang taklah aku nak bergambar.




Lepas tu, dia akan jamu kita dengan Honey Tea bagi aku oklah tapi tak kena tekak sangat.




3) Horse Cart

Then kami jalan kaki lagi sampailah ke kawasan beca kuda di bawah ini, Untuk makan tengahari di Kedai Makanan Sanizah, kami perlu naik beca kuda untuk ke sana. Sian pulak tengok kuda tapi dah kena naik. :(






4) Kedai Makanan Sanizah Halal Food




Dekat sini kami dihidangkan dengan ikan siakap kari, telur dadar, kerabu, udang goreng. Ikan siakap kari tu tengok dah macam asam pedas mungkin cara mereka masak macam tu. Tapi memang bertambahla kami makan sebab seharian dalam bas.




5) Makan Buah

Lepas tu kami jalan jalan lagi di kawasan orang menjual aneka jenis buah seperti durian, dragonfruit, longan, duku dll. Then kami singgah makan buah yang disediakan dan dihiburkan dengan vietnamese menyanyikan lagu mereka dan juga lagu malaysia.




sedap.. sambil sambil tu hulurlah tip untuk mereka

6) Rowing Boat




Waktu kami tengah makan buah tu tiba tiba hujan mulai turun rintik rintik, agak lebat jugalah. Then tour guide kami beri setiap seorang raincoat untuk pakai sebab kami ada satu lagi tempat nak pergi iaitu naik sampan pusing sungai Mekong. Kat sini best sangat sebab dalam 2km juga mak cik pakcik tu akan dayung sampan tu, dan jaga jaga semasa dalam sampan makesure tangan korang dekat dalam sampan sebab takut terlanggar dengan sampan sebelah maklumlah kawasan anak sungai ini kecil.




Koreng dikehendaki bagi tip setiap seorang kepada mak cik pakcik tu tak kisahlah Rm1 ke atau dalam dong.


Berakhirlah hari kedua kami 
Thanks for reading. Esoknya kami pergi Chu Chi Tunnel pula. :)

5 comments:

norhidana said...

bestnya... penuh aktiviti... bab buah tu pun menarik, kt sana kan ada macam2 jnis buah yang susah nk jumpa kt sini.

tengok dia punya lauk makan tengahari tu memang nampak mengiurkan lah

Anum said...

bestnya jejalan

Acuyuhan said...

Kat sana mmg byk buah.. mcm buah kt msia..

Suria Amanda said...

Kat sini best..SA suka makan buah fresh tu dna jugak minum kelapa muda dia..naik sampan tu best cuma laju giler la...

عبده العمراوى said...



افضل شركة تنظيف منازل بالجبيل
افضل شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بسيهات
شركة المثالية لتنظيف السجاد بسيهات
شركة المثالية الدولية للتنظيف بسيهات
شركة المثالية للنظافة بسيهات