Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 10, 2019

Hard Rock Cafe, Starbucks, dan Ben Thanh Night Market


Assalamualaikum

Selepas kami melawat church dan Central Post Office kami pon berjalan jalan di area HCM city. Antaranya kami singgah di  McDonalds untuk beli aiskrim, Hard Rock Cafe dan Starbucks. Area sini boleh jalan kaki saja sebab semua tempat yang best dekat dekat saja. Kat bawah ini laluan yang kami lalu sebelum sampai ke Hard Rock Cafe, banyak pameran dan jualan diadakan di sepanjang jalan ini.






mini bus library



HARD ROCK CAFE

Aku tak pernah pergi Hard Rock Cafe kat KL tapi dekat HCM aku pergi, tapi just cuci mata sajalah sebab harga mahal wei. Hard Rock Cafe sebaris dengan M Plaza dan Starbucks.








Kat sini yang menariknya adalah replika gitar di bawah ini. Gitar ini memang betul betul tepi traffic light so stiap kali traffic light merah mesti pengguna jalan raya pandang kami yang sakan bergambar dengan gitar tu.







STARBUCKS 

Starbucks ni kami pergi sebab kateh aku ni sibuk nak beli tumblr Starbucks yang ada tulis HCM/Vietnam. So kami pon pergilah tapi waktu ini memang hujan lebat dan berangin. Nak buka payung pon tak boleh sebab angin kuat. So nak tak nak kami memang kena lepak starbucks minum kejap sementara menunggu grab sampai.





banh mi versi starbucks

Kami sebenarnya nak beli Matcha Green Tea tapi staff tu suggested kami new drinks apa tah nama dia tapi dia punya nama memang hebat sampai kami nodded without thinking. Sekali sampai rasa macam minum herba sebab dia ada rasa buah tin dan ada delima sikit tak silap. Tapi telan sajalah sebab dah beli.


spoil mood nak enjoy myself haha

Kat bawah ni antara bangunan bangunan sekitar HCM yang sempat diambil oleh mysis.



Petrovietnam Tower


BEN THANH NIGHT MARKET

Kami pergi night market setiap malam sebab tak puas shopping. Kat bawah ini Ben Thanh tapi Ben Thanh dibuka dari pukul 7 am - 7pm. Dalam kawasan Ben Thanh ni memang boleh sesat sebab banyak sangat pintu masuk dan besar tempatnya.




Hotel kami betul betul berhadapan Ben Thanh di bawah ini.




Bila tiba waktu malam, peniaga peniaga yang berniaga di Ben Thanh akan berniaga di luar pula di area pasar melayu dan sepanjang jalan sebelah Ben Thanh. Night Market ni beroperasi dari 730 pm - 11pm. So pukul 7pm itu korang boleh nampak dan dengar bunyi bising dorang mengangkut barang ke luar pula.


view dari hotel kami




Night Market ini besar dan tempat ini pon digelar Malaysian Street sebab kebanyakan yang datang memang orang melayu. Peniaga disini pon pandai cakap melayu so korang boleh bargain nak beli barang. Kat sini murah dan boleh tawar menawar tapi make sure lepas bargain tu, korang belilah. Nanti marah pula orang sana.




beg rotan sini cantik dan murah
Berakhir juga aktiviti kami di HCM, next entry aku update tempat makan best di HCM ye.
Thanks for reading. Pen off :)

7 comments:

Suria Amanda said...

Kalau pi HCM ni memang activity shopping adalah yang utama...kan?SA pi bawak 3k boleh habis...

AzianKhalil said...

belum pernah sampai..tp mmg ada dalam wish list ni...

norhidana said...

bestnya, pi HCM kalau tak supink kt night market mmg tak sah

Anum said...

singgah khamis

den.dyen said...

p hari tu, kena marah sebab dok tanya harga lepas tu tak beli. Dah kita mintak harga kita tak bagi, kita p kedai lain la kan, sejenis tak tulis harga, nasib hampa la..lepas tu marah kita...hahaha..

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف كنب بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بسيهات
شركة المثالية لتنظيف الفلل بسيهات
شركة المثالية لتنظيف المنازل بسيهات

Acuyuhan said...

Shopping xpernah puas kalau ke sana haha.. nak nak hotel dkt situ jgk