Friday, October 4, 2019

War Remnant Museum, Saigon Zoo and Botanical Garden


Assalamualaikum

Kami cadang nak pergi Ho Chi Minh ni dari tahun lepas lagi selepas kateh aku pergi sana tahun lepas. Lagipon kami adik beradik memang plan nak bercuti selepas kami bercuti di Penang 2017 dulu. So kami decided untuk ke HCM sebab sana murah dan sisters aku pulak jenis gila shopping. Awal tahun kami beli tiket dan 17 Sep lalu kami terbang ke sana sehinggalah 20 Sept. Beza waktu Vietnam adalah Vietnam 1 jam lewat berbanding Malaysia so it means that waktu solat pon memang awal. Currency pula waktu tu RM1 bersamaan 5.679 dong. 




Touched down saja Saigon Airport kami terus menuju kedai Vinaphone bawah ini untuk beli simkad. 100k dong untuk 4G unlimited data. Internet memang laju gila dan tak terhabis pon data sepanjang 4 hari di sana sebab hotel ada Wifi. Kami beli sorang satu simkad tapi kalau korang nak save, boleh beli satu dan jadikan satu fon sebagai hotspot. 




Lepas dapat simkad pasang semua, terus kami naik bas bawah ini untuk ke Ben Thanh sebab hotel kami dekat area sana. Naik bas 152 menuju ke Ben Thanh, tiket untuk seorang 5k Dong, untuk luggage pon kena bayar 5k dong. So maksudnya 1 orang 10k dong termasuk luggage.




Kami booked hotel via booking.com dan kami pilih hotel A&Z, breakfast included (vegan). Lepas check in, kami solat semua dan petang tu pergi jalan jalan HCM dengan menaiki GrabCar. Dalam satu hari kami pergi War Remnant Museum dan Saigon Zoo. Grab Car sana murah saja sekali pergi dalam RM4-5 satu hala. Boleh juga korang nak berjalan kaki tapi sebab kami rushing so book grabcar sajalah.


War Remnant Museum (40k dong)



Kami tak plan pon nak pergi Muzium tapi sebab tak tahu nak buat apa hari pertama, so kami pergilah muzium tu. Memang ramai caucasians kat sana dan setiap exhibit diorang akan baca dan fahami dengan serius. Seriously tingkat pertama kami masuk pon aku dah menguap tapi kami tetap pergi sampai level 3 untuk fahami mengenai sejarah HCM yang berkenaan perang.












Saigon Zoo and Botanical Garden (50k dong)






depan sekolah. cantikkan macam temple

Kami masuk waktu zoo dah nak tutup so orang pon tak ramai dan oklah cantik juga flora di sana tapi kami taklah pergi sampai hujung nak tengok haiwan sebab dah penat. Zoo di sini agak besar juga sebab combine dengan botanical garden. Tumbuhan di sini pon banyak yang baru ditanam so tak banyak port nak bergambar.




replika haiwan



maps

kandang haiwan pon cantik dah amcam kubah



flamingo black n white.



Lepas penat melihat haiwan, kami terus book grab balik hotel sebab nak balik bersihkan diri. Malam tu lepas makan kami hanya jalan jalan Pasar Melayu. Then terus tidur sebab esoknya kena bangun pagi untuk pergi Mekong River.
Stay tuned for my next entry. :)

1 comment:

Suria Amanda said...

Seronoknya jenjalan kan...