Tuesday, October 29, 2019

Wedding di Balok dan Sg Lembing


Assalamualaikum

Minggu lepas dapat 4 jemputan menghadiri walimah kawan yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi dapat pergi 3 saja sebab kekangan masa. Ahad tu ada 3 wedding  kawan sekolah menengah kahwin dan mula mula kami pergi Seberang Balok dulu since rumah pengantin dekat dengan rumah kami. Wedding Syahirah ini berlangsung di Mutiara Seafood tempat yang sama kembarnya Syahida kawin tahun lepas dalam entri ini. Tup tup tahun ini dah gendong anak hehe.






Kawan kawan aku yang lain pergi wedding kat Sungai Lembing dulu, tapi aku sebaliknya sebab tulah tak dapat nak jumpa kawan kawan kat bawah ini. haha


Wahida, Oley, Aidal, pengantin, Fozi, Milah, Syaza

hi girls bila nak jumpa lagi :)



Tahniah Ira dah kawin semoga perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke jannah. Tahniah Ida dah jadi ibu semoga anak membesar menjadi anak solehah dan selamat berpantang!!!


masa ni kan baru 3 hari Ida beranak.. bertabahlah wahai kawanku :)

Kemudian kami terus ke Sungai Lembing untuk wedding Fashiha dan adiknya Fathihah. Fashiha ini pon kembar juga macam pengantin sebelum ini. 


jodoh sama sekolah :)

Masa kat majlis Fashiha ini aku dah kenyang sebab aku melantak sakan masa wedding Ira lol. So majlis Fashiha ini just makan laksa dan buah nangka sedap.




Sambil sambil makan tu dapatlah jumpa kawan lama Asma, Fadhilah (kembar pengantin) dan Yana. Asma lama tak jumpa gila, last jumpa 9 tahun dulu time sekolah lagi.




Oh ya, Sabtu sebelum tu aku pergi wedding kawan sekolah rendah iaitu Amalina yang diadakan di Balok, belakang rumah lama kami dulu.


Tahniah Amalina dan husband semoga dimurahkan rezeki dunia akhirat

Sebenarnya kami ada satu lagi wedding Ahad tu kat Peramu tapi tak dan sebab kena balik nak beli makan untuk parents so dapat doakan dari jauhla untuk Ita dan suami.
Thanks for reading Pen off :)

4 comments:

norhidana said...

cantik pengantin semuanya.... tengok tahun ni macam banyak guna warna tema merah maroon gitu... cantik

bila dah musim ramai yang buat kenduri kawin, kita yang kadang terkejar2 nak datang setiap majlis. lagi2 kawan sekolah, masa tu lah dapt jumpa kawan2 lama kan

Anum said...

meriahnya

Umi Nazrah said...

cantik baju biru corak batik ^_^

Warisan Petani said...

Tahniah buat mempelai2