Tuesday, November 26, 2019

Cuti Cuti Malaysia


Assalamualaikum

Minggu lepas dah bermula cuti sekolah dan seharusnya mesti ramai parents dah plan untuk trip Bersama anak anak kan bukan sahaja di luar Malaysia malah dekat Malaysia ni pon banyak tempat yang boleh kita pergi.


Pulau Pinang 

Salah satu tempat yang best di Malaysia ni adalah Pulau Pinang. Last pergi Penang 2 tahun lepas itupon tak puas sebab sekarang tourist spots di Penang dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ia bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk tempatan, malah turut dikunjungi oleh pelancong asing termasuklah daripada negara jiran kita, Singapura. Benda pertama yang akan aku buat kalau nak bercuti aku akan list down kan semua pakej terbaik dari semua platform. Aku suggest kalau daripada sana, boleh guna Scoot online booking untuk ke Pulau Pinang ni. Bila nak book Singapore to Penang flights online gunalah Traveloka sebab harga yang ditawarkan agak berbaloi. Traveloka juga ada menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. So, rugilah kalau nak pergi bercuti tapi tak cuba guna Traveloka ni. 

Kalau ada peluang lagi nak pergi kan, aku nak main puas puas Penang Ecsape Theme Park sebab bagi aku itu yang must-try.


Avatar Secret Garden

Penang Escape Theme Park

Melaka 

Selain daripada Penang, Melaka juga merupakan satu negeri yang mempunyai environment yang lebih kurang dengan Pulau Pinang kerana terkenal dengan budaya Baba Nyonya nya. Jadi, kalau nak explore dengan lebih detail boleh lah jadikan Melaka dan Pulau Pinang sebagai tempat percutian kita yang seterusnya. Keunikan lain untuk kedua-dua negeri ini adalah ia mempunyai tarikan tempat-tempat sejarahnya yang boleh kita hayati bersama. Namun, kalau nak kedua-dua negeri ini pastikan bukan semasa musim cuti sekolah. Hal ini kerana, jalan di sini selalunya akan jem pada musim cuti sekolah dan juga musim perayaan. Jadi ia akan membuatkan percutian kita kurang seronok apabila kena menempuh kesesakan lalu lintas sebab masa banyak habis atas jalan raya then mood nak bercuti pon ruined. 


Kalau pergi Melaka, river cruise antara yang wajib

Kedah 

Seterusnya, Kedah juga boleh dijadikan lokasi percutian yang tidak kurang hebatnya. Bagi mereka yang sukakan ketenangan, ia merupakan tempat yang sangat sesuai. Hal ini disebabkan oleh, Kedah sangat kaya dengan sawah padi sehingga dikenali sebagai negeri Jelapang Padi. Bagi mereka yang inginkan melakukan aktiviti lain-lain, boleh ke Pulau Langkawi yang merupakan sebahagian daripada Kedah. Bulan lepas aku baru saja pergi sana, tapi itupun tak sempat nak snorkelling sebab rushing. 

Untuk ke Langkawi, kita boleh pilih untuk naik direct flight ke Langkawi ataupun naik ferry. Dan, untuk naik ferry juga ada dua pilihan sama ada daripada Perlis atau Kedah. Ramai yang lebih suka naik daripada Perlis kerana masanya lebih singkat berbanding kita naik daripada Kedah. Di Langkawi terdapat banyak tempat yang boleh kita kunjungi seperti Makam Mahsuri, Tasik dayang Bunting dan Beras Terbakar yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Bagi mereka yang suka aktiviti air boleh pergi ke pantai-pantai yang terdapat di sana terutama Pantai Cenang kerana di sini ada sukan jetski dan parasailing dan sebagainya.


Kilim Geoforest

Pahang 

Kemudian, negeri-negeri Pantai Timur juga mempunyai keunikannya yang tersendiri terutama dari segi makanan. Bagi mereka yang nak food hunting wajib pergi 3 negeri pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Di Pahang, kalau pergi ke Temerloh wajib untuk cuba Ikan Patin Tempoyak kerana ia merupakan simbol Temerloh itu sendiri sebagai Bandar Ikan Patin. Sebagai orang Pahang, aku mengaku ikan patin memang sedap, paling sedap ikan patin dimasak sebagai Pais Tempoyak Ikan Patin di bawah ini pergghhhhh


pais tempoyak ikan patin


Terengganu 

Selain tu, kalau Terengganu pula terkenal dengan nasi dagang dan keropok lekor. Tersangatlah rugi kalau dah sampai Terengganu, tak cuba keropok lekor yang masih fresh dari sana. Aku suka gila Nasi Dagang atas Tol dan the Tarik Madu sedap sangat kitorang pergi bulan September lepas. Yang paling penting, pastikan singgah di Pasar Payang ya sangat terkenal di Terengganu. 


Teh Tarik madu di Nasi dagang Atas Tol


Kelantan 

Kalau di Terengganu kita ada Pasar Payang, di Kelantan pula terkenal dengan Pasar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bahru iaitu ibu negeri Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sangat terkenal dengan pelbagai makanan yang agak unik seperti buah gomok, kuih taik itik, ketupat sotong dan lain-lain. Bak kata orang, Kelantan ni syurga makanan untuk Malaysia. 


Sabah 

Selain itu, Sabah juga merupakan satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Ia merupakan salah satu negeri yang berada agak jauh daripada semenanjung Malaysia. Untuk ke sini mesti menaiki flight lebih kurang 2 jam, malah dari satu tempat ke satu tempat dalam Sabah juga ada yang perlu menggunakan flight di sebabkan jarak yang agak jauh. Antara tempat yang menarik di Sabah ialah Kundasang, Kota Kinabalu, Tawau dan banyak lagi sebenarnya. Kepada pencinta seafood wajib cuba seafood yang fresh dan murah dekat sini. Di Sabah juga terdapat banyak pulau-pulau kecil yang sangat cantik. Kita boleh buat aktiviti island hoping, snorkelling dan sebagainya di sana nanti. Bagi yang nak feeling-feeling macam pergi New Zealand tu, pasti kena singgah di Kundasang kerana di sana terdapat Desa Dairy Farm, Ladang Lembu yang sangat cantik. Ini antara wishlist aku nak pergi nanti tau haha.
Thanks for reading :)

4 comments:

Raz said...

saya suka Sabah.. tapi tula tiket plak mahai sket

norhidana said...

penang tu bila lah nk repeat... tak puas jalan haritu ke sana...

ezy.xixii said...

xtau lg nk cuti2 ke mana ni..
kalo ikot bajet rsnye cuti dlm negeri jela..
haha

Anum said...

wow bestnya