Friday, December 13, 2019

Majlis Perkahwinan Huda dan Firdaus


Assalamualaikum

Musim cuti sekolah ini banyak betul kenduri antara kenduri adalah sepupu kami di Sik Kedah. Disebabkan ada kenduri saudara mara inilah dapatlah kami ke Kedah kampung mak, dah lama sangat tak pi sana sebab jauh kan. Huda ni sebaya aku tapi rezeki Huda kahwin dulu dan merupakan first wedding dalam family Huda. Kami sampai Sik Sabtu malam lepas pengantin nikah, Ahad tu baru ada majlis resepsi. Best sangat kenduri ini sebab banyak side dishes dan semua sedap sedap. 


guests book

Kami orang pertama yang bergambar dekat prop ni :)

Paling suka dengan aneka air yang dihidangkan semua refreshing dan sedap, manis pun nice nice aku siap cuba semua jenis air. Teh Tarik pon ada ye


siapa boleh tolak 6 air sedap ni haha

Side dishes yang dijamu adalah cucur udang, apam lenggang, laksa, mi goreng dan kuih muih. Paling suka laksa dan cucur udang. Laksa pula ada 2 jenis laksa biasa dan laksa beras, 2 mangkuk dapat ke aku makan.





cucur udang kuah memang kaw

apam lenggang

Cenderahati yang diberi kepada tetamu adalah berupa kicap untuk dewasa dan coklat untuk kanak kanak




Adik beradik pengantin yang masih single lololol

#akakkinleksisoacu 

Tahniah Huda dan pasangan, semoga dimurahkan rezeki dunia akhirat, dikurniakan keluarga yang mawaddah sakinah warahmah dan semoga apa yang diimpikan tercapai. 


dengan akak yang baru lepas operation

Malam tu ada acara potong kek dan sambut sekali birthday mak kami yang jatuh pada 6 disember.




Esoknya Isnin aku dan kakakku bertolak pulang ke KL sebab Selasa dah kerja manakala mak ayah abang dan lain lain bertandang ke rumah saudara mara since mereka masih cuti Selasa tu.
Thanks for reading. Pen down