Wednesday, January 22, 2020

Cara Hilangkan Panas Lada di Muka


Assalamualaikum

Haritu ada kongsi pasal petua hilangkan pijar di tangan dalam entri ini, dan minggu lepas masa aku nak masak bekal untuk ke pejabat, tiba tiba muka aku pula panas haha.. Lepas potong cili, aku pon basuh muka lepas tu terus rasa panas. Masa aku panas kat tangan dulu, aku akan lumur minyak masak di tangan, tapi dah kalau kat muka takkan nak lumur minyak masak kat muka pulakkan. Aku pon cuba cara dibawah ini cara hilangkan pijar di muka.




1) Aloe vera Soothing Mist

Nasib baik aku ada lagi soothing mist yang beli tahun lepas, masih tahan lagi sebab soothing mist ni jarang guna, just guna masa muka tengah berlengas saja. So bila aku spray soothing mist ni terus rasa tak panas dah muka. Tapi kalau korang ada yang soothing jenis gel tu boleh je guna.




2) Bio Oil Dry Skin Gel

Apa apa gel yang tak harmful korang boleh letak kat muka macam aloevera gel yang famous tu atau macam Bio Oil Dry Skin Gel, bagi aku Bio Oil Dry Skin Gel ini fungsi dia tak memudarkan parut pon macam Bio Oil yang minyak tu. Aku memang akan prepare apa apa gel kat rumah sebab kulit kering kan, so untuk bagi aku pakai dengan disiplin, aku akan letakkan gel ini dalam bekas kecik yang diletakkan dalam beg makeup supaya aku nampak dan pakai.

Sebab kalau bekas besar macam tu memang aku tak pakai. haha




3) Toner

Toner yang tak ada alcohol aku rasa boleh hilangkan panas di muka contoh macam aku guna Simple Toner. Simple Toner ni texture dia sangat light macam air biasa letak di muka, kalau kau tertelan masuk mulut pon tak rasa apa. Tapi Simple Toner ini bukan jenis spray so aku terpaksa letak dalam travel kit untuk senang aku spray kat muka dan lebih jimat.




4) Compressed Mask



Kalau muka tu still rasa panas, aku cadangkan kau guna compressed mask. Compressed mask yang direndam guna toner/soothing mist dan tempek kat muka dalam 10 minit supaya sejuk sikit muka. Compressed mask ni sangat convenience sebab the moment dia serap liquid, dia akan expand dan bila dah expand kita buka jelah mask tu. Compressed mask banyak dijual di Daiso, Miniso dll. Nak lagi mudah beli compressed mask yang dah memang jual sekali dengan cup supaya senang nak tuang liquid. Kalau yang tak ada cup nanti susah pulak nak cari bekas nak rendam mask.
Bagi aku yang paling berkesan adalah Soothing Mist. Thanks for reading :)

3 comments:

Anum said...

GREAT SHARING

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. pasni boleh cuba. kadang tu tak tau jugak camna nak hilangkan T_T

norhidana said...

buat masa ni tak pernah kene kat muka, kalau kat tangan tu pijar kene cili akak selalu just basuh dengan air sejuk lepas tu ok... tapi bagus jugak info yang di beri nih