Saturday, May 9, 2020

Best Korean Movies IV


Assalamualaikum

Harini nak review lagi 10 korean movies yang menarik minat aku.


Long Live the King 2019

Genre : Drama/Comedy



Mengisahkan seorang ketua gangster yang ingin berubah apabila terjumpa dengan seorang lawyer perempuan. Disebabkan ketua gangster ini ingin berubah maka dia perlu membuat aktiviti kebajikan dengan bergurukan seorang politician yang juga dulu merupakan bekas gangster. Tapi disebabkan masa musim pilihan raya, dan politician tu telah ditikam oleh calon lain, maka politician tu perlukan seorang calon untuk menggantikannya. So nak tak nak ketua gangster itu perlulah menjadi politician kerana ada satu peristiwa dimana ketua ini famous sebab menyelamatkan pemandu bas. Dari situlah bermula perjalanan seorang gangster yang nervous meyakinkan pengundinya dan perlu bijak berkata kata. Movie ini best sebab bermacam macam cara dia buat untuk raih pengundi supaya kampung halamannya tidak dipimpin oleh calon yang salah.


The Accidental Detectives 2 2018

Genre : Comedy/Thriller



Rasanya semua orang tahu movie ini best lagi lagi Kwang Soo berlakon sebagai hacker. TAD 2 lagi best berbanding siri pertama. Siri kedua ini tentang 2 detectives dah buka satu firm sendiri dan agak susah pada mulanya sebab tak ada customer. Tapi ada satu customer ini datang suruh siasat kehilangan suaminya, rupanya kes iti terpalit dengan kes lain yang merupakan kes besar kat tempat itu. Bermacam macam gelagat mereka untuk selesaikan misi itu sebab mereka hanya berdua. Memang kelakar.


The Bros 2017

Genre : Comedy



Tentang 2 beradik yang pulang ke kampung halaman sempena ayahnya meninggal. So dorang kena berkabung selama 2 minggu macam tu tapi sebaliknya mereka berdua ini ada niat lain. Sorang nak cari emas, sorang nak jual tanah situ. Tapi niat mereka di halang oleh seorang perempuan ini yang pelik yang seolah olah tahu tentang semua aspek kampung tu. Movie ini best tapi agak boring sikit sebab lokasinya memang dekat rumah itu sepanjang berkabung. Turned out, perempuan tu sebenarnya bukan manusia.


RV : Resurrected Victims 2017

Genre : Thriller/Mystery



Mengenai mangsa mangsa yang dibunuh tanpa keadilan dibangkitkan semula untuk membalas dendam kepada pembunuhnya jika pembunuh itu masih terlepas. Tentang seorang pendakwa raya ini kehilangan ibunya akibat ditikam semasa dirompak. Lepas beberapa hari, ibunya ada di rumah seperti biasa tiba tiba ibunya menyerang pendakwa raya itu seolah olah menjadikan anaknya sebagai pembunuhnya. Rupanya ada kisah dulu yang berlaku semasa anaknya mabuk dan tak ingat, tapi ibunya punya sayang dekat anak sanggup serah diri demi selamatkan pendakwa raya tu. Ada plot twist rupanya pendakwa raya itu punca segalanya berlaku.


Train to Busan 2016

Genre : Horror/Thriller



Movie ini memang best semua orang tahu kan and akan datang ada siri kedua pula. Yang pasti Train to Busan ini memang membuatkan aku menangis pada hujung ceritanya.


Luck Key 2016

Genre : Comedy/Action



Menceritakan tentang lelaki A yang miskin dan satu hari tu, dia pergi mandi di public bath dan terjumpa dengan lelaki B yang kaya. Lelaki B ini sebenarnya pembunuh dan berlaku satu kejadian lelaki B ini tergelincir masa mandi dan hilang ingatan. So lelaki A ini ambil kesempatan curi barang barang dia manakala lelaki B ini guna identiti sebagai lelaki A. Dari situlah si lelaki A ini terkejut dengan lifetyle lelaki B dan lelaki B ini pula pandai buat duit dengan berlakon. Memang kelakar cerita ini last last rupanya lelaki B ini bukanlah pembunuh seperti yang difikirkan.


The Truth Beneath 2016

Genre : Thriller



Tentang satu keluarga politician ni yang kehilangan anaknya semasa malam bapanya dilantik. Maknya memang tak puas hati bila dapat tahu anaknya diculik dan polis masih tak dapat cari. So maknya senyap senyap menyiasat sendiri dan rupanya anaknya dah mati. Paling tak sangka anaknya mati sebab bapanya yang suruh sebab bapanya ada hubungan dengan cikgu di sekolah anaknya, anaknya tahu  dan ugut cikgu tu. Tanpa mengetahui yang anaknya sendiri yang mengugut cikgu itu, bapanya pon arahkan orang untuk bunuh perempuan yang ugut itu iaitu anaknya.


Gangnam Blues 2015

Genre : Action/Drama



Mengisahkan 2 saudara yang berkawan semasa kecil dan merupakan gelandangan. Satu hari itu, ada gangster datang ke tempat mereka, dan mereka dipaksa untuk jadi gangster dan masa itulah mereka berpisah. Selepas beberapa tahun mereka sudah hidup mewah dan bertemu kembali. Sekali imbas kan, muka Lee Min Ho dan Kim Rae Won memang ada iras tau dengan tingginya. Kandang kadang bosan sebab asyik berlawan.


The Accidental Detectives 2015

Genre : Comedy/Thriller



Siri pertama ini tentang seorang detective tua yang diturunkan pangkat dan terpaksa bekerja dengan juniornya dan seorang bekas detectives yang memang pandai tapi tak boleh jadi polis dah sebab kakinya ada problem. Tapi bekas detective ini tetap menyibuk untuk tahu semua cerita balai dan satu hari tu dia membuatkan detectives tua ini kagum dengan dia dalam selesaikan satu masalah dan akhirnya mereka bekerjasama.


Spellbound 2011

Genre : Romance/Horror



Mengenai seorang perempuan yang boleh melihat hantu. Disebabkan dia boleh melihat hantu so dia memang asingkan diri dari  semua orang sebab dia tak nak orang sekeliling dia diganggu sama. Satu hari itu, dia terjatuh cinta dengan bosnya dan bosnya juga diganggu sama. Akhirnya ada sebab macammana dia boleh melihat hantu dari zaman sekolahnya.


Top 5 yang paling aku suka adalah:

1) The Accidental Detectives 2
2) Luck Key
3) Long Live The King
4) Train to Busan
5) The Accidental Detectives
Selamat berpuasa semua :)

3 comments:

Meng said...

Saya pun selalu mengikut korean drama masa PKP ni...

Akak Kembang said...

Alamak...dahlah kakak kaki KDrama ... mana satu nak tengok ni ...
Salam kenal dr Akak Kembang

m.u.l.a.n said...

Mmg layan drama korea la byk nya dari mula pkp ni..