Friday, May 29, 2020

Best English Movies II

Assalamualaikum

Kali ini nak review lagi 10 English Movies yang aku tengok bulan lepas. Untuk review English Movies sebelum ini boleh tekan link bawah:



Shazam! 2019

Genre : Action/Comedy


First aku dengar nama title ini aku macam stiff, shazam?? macam tak best macam movie hindistan macam tu tapi aku pelik kenapa ramai recommend this movie rupanya Shazam ini best.

Mengisahkan Shazam yang ingin mencari pewaris kerana dia sudah tua so nak cari itu bukan mudah dia perlukan budak yang suci hatinya. Antara calon yang dicari ada seorang yang masih dendam kenapa dia tidak dipilih so budak tu pon membebaskan 7 devil. Shazam lama sempat cari pewarisnya dan dari situlah Shazam baru dan orang jahat tu berlawan untuk selamatkan dunia dari devils. Movie ini best sebab watak Shazam yang baru tu, Shazam tu budak 14 tahun saja tapi bila bertukar kepada Shazam, dia akan jadi dewasa. Sebab tu kita nampak superhero ni macam childish sikit.


Fighting with My Family 2019

Genre : Sport/Comedy


Movie ini aku baru tengok semalam di HBO based on true story of Paige. Paige ini ex wrestler. Mengisahkan Paige dan abangnya yang bertungkus lumus berlatih untuk dipilih ke Florida untuk menempatkan diri di WWE. Tapi rupanya hanya Paige yang dipilih, abangnya tidak. Dari situlah Paige bawak diri ke Florida seorang diri tapi dia rasa fed up sebab sunyi dan jauh dari family. Dia hampir putus asa sebab american selalu cari pasal dengan Paige sebab Paige ini British, warna kulit putih dan accent pon berbeza. Tapi Paige gagahkan diri untuk bangkit dan berjaya blend in dengan american dan akhirnya dapat fight dengan AJ Lee.


Pokemon Detective Pikachu 2019

Genre : Family/Mystery


Bila aku tengok Pikachu ini tiba tiba aku teringat dulu aku pernah diejek Pikachu oleh kawan kawan sebab nama aku "acu" haha. Aku ingat Pikachu ini semua tentang kartun tapi rupanya manusia yang berlakon. Movie in best sebab jalan cerita di masa hadapan manusia dan pokemon bekerjasama. Setiap manusia akan ada pokemon tak kisahla spesis apa. Movie ini tentang Detective Pikachu yang menyiasat mengenai kematian tuannya sendiri bersama anak tuan dia. Banyak sangat spesis Pokemon yang korang akan react "comelnya dorang ini"...


A Star is Born 2018

Genre : Romance/Musical


Dalam movie ini korang boleh tengok muka Lady Gaga tanpa heavy makeup. Mengisahkan Lady Gaga seorang pelayan restoran yang mempunyai bakat menyanyi. Bakatnya dicungkil bila dia menyanyi di bar dan masa itu ada seorang artis datang untuk cari pelapis. Dari situlah mereka kenal, bercinta dan kahwin. Tapi sayangnya laki itu ada depression dan alcoholic, struggle untuk cari jalan hidup dia. OST movie ini semua best dan suara Lady Gaga memang power.


Instant Family 2018

Genre : Comedy/Drama


Instant Family ini mengenai sepasang suami isteri yang tiada anak dan mereka merasa something is lacking in their life. So mereka decided nak adopt seorang remaja ini. Tapi sayangnya masa mereka berkenan dengan girl ini, mereka sedar yang mereka perlu adopt sekali dengan her siblings. So terpaksalah bawak 3 orang sekali balik rumah dan jaga. Sebenarnya bukan mudah untuk mereka adopt sebab 3 budak tu Spanish dan ibu mereka masih ada untuk fight her custody. Tapi bila mereka dah sayang, suami isteri ini sanggup buat apa saja untuk jaga 3 orang budak tu.


Game Night 2018

Genre : Comedy/Mystery


Tentang sekumpulan kawan kawan ini yang terlalu taksub dengan game, setiap malam mereka akan berkumpul di salah sebuah rumah dan main game. Apa apa game : board game, card game. Tapi ada satu malam tu mereka main game lain dan game tu melibatkan penjenayah sebenar yang datang ke rumah mereka dan culik salah seorang daripada mereka. They did nothing sebab mereka ingat that was a part of game. Tapi akhirnya mereka berjaya selamatkan kawan mereka itu. Kelakar dan best cerita ini.


Baby Driver 2017

Genre : Action/Thriller


Movie ini best tentang Baby seorang driver yang sangat hebat, disebabkan driving skill dia yang memang gila dia bekerja dengan perompak untuk rompak bank dan tak pernah sekalipon kantoi. Dia perlukan duit sebab dia ada crippled grandpa to look after. Semuanya berubah bila dia terjumpa dengan seorang awek dan dia rasa ingin berubah. Dia dah stop kerja tu tapi sayangnya dia tak boleh lari dari kerja itu sebab dia diugut. So on his last heists, he determined he wants to escape.


47 Meters Down 2017

Genre : Thriller


Macam biasa film ini tentang shark yang memburu 2 gadis yang terperangkap di dasar laut. 2 gadis ini terperangkap dalam cage sebab cage dia terlepas. Macam mana mereka berada dalam cage? Dekat oversea kan ada aktiviti bersama shark dimana korang boleh masuk dalam cage dan cage akan dijatukan di dalam laut, then dorang akan throwing chum into the water to attract shark dan korang boleh lah tengok shark dengan mata kepala sendiri dan selfie So mereka berdua ini struggle untuk selamatkan diri dengan bantuan oxygen yang tak cukup semua. Akhirnya salah seorang dari mereka perlu mengalah.


The Heat 2013

Genre : Comedy/Action


Sandra Bullock kalau berlakon memang kelakar. Mengisahkan seorang anggota FBI ditugaskan untuk meyiasat tentang kegiatan dadah di Boston. Di Boston dia perlu bekerjasama dengan detective chubby ini kerana detective ini lebih kenal selok belok Boston. So bermacam gelagat 2 pegawai ini untuk mencari dalang di sebalik keldai dadah.


Parental Guidance 2012

Genre : Family/Comedy


Movie ini tentang suami isteri yang perlu outstation dan mereka perlukan bantuan ayah dan mak mereka untuk jaga anak mereka 3 orang. Pada mulanya ayah mak mereka tak nak disebabkan mereka masih bekerja tetapi demi untuk merapatkan hubungan dengan cucu mereka sanggup menjaga cucu mereka walaupun cucu mereka agak dingin sekejap. Movie ini kelakar terutamanya part atuk melayan cucu lelaki nya yang banyak kerenah.

Bagi aku paling best adalah:
1) Game Night
2) Baby Driver
3)  Fighting with My Family
4) Pokemon Detective Pikachu
5) Shazam
Thanks for reading. Pen off :)

11 comments:

ezy.xixii said...

menarik! nt blh curi2 ms layan movie ni..

Warisan Petani said...

Selamat menonton

al-lavendari said...

Cantiknya blog. Dah follow.

Lya Imtiyaz said...

Salam .. Tq sharing. KakYa singgah bls kunjungan. Done follow awak jugak.

Yaya Azura said...

Nak tengok lah Shazam tu..tengok dengan anak-anak.

Cikgu Badar said...

menarik

Azian Elias said...

akak suka layan thriller n crime.

eelobor said...

TQ sudi datang menjengah.... dah lama follow blog ni cuma sekarang jer dah kurang aktif

Nieda Ramly said...

Salam singgah ...dah follow.
Tq ya dtg ke blog akak

MunirahMH said...

Boleh masuk list utk ditonton hujung minggu

Hafiz Hafizol said...

Game Night tu dah ada dalam hardisk tapi takde mood lagi nak tengok hahaha .