Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 3, 2020

Sandwich Telur dan Sosej Sedap dan Mudah


Assalamualaikum

Semalam belajar buat sandwich dengan kakak aku Sandwich Telur dan Sosej 3 layer potong 4. Kalau buat sandwich macam ini, barulah berselera nak makan sebab tebal dan gemuk. Kalau sandwich biasa 2 layer tu macam tak selera sebab filling tak banyak dan sayur pun kurang. So better buat sendiri kan.




Bahan Bahan

1 paket roti putih kecil
6 biji telur rebus
3 batang sosej goreng/rebus
Salad
Timun
Tomato
Buttercup

Bahan Perasa

Lada Putih
Lada Hitam
Garam
Sos Cili
2 paket mayonis kecil


Salad timun dan tomato potong nipis dan kecil

Disebabkan kami buat 3 layer so kami buat 2 perisa iaitu telur mayo dan sosej telur mayo

gambar dari atas ke bawah

Cara Cara:

Telur lenyekkan dan bahagikan kepada 2 bekas.

Bekas A : Sosej Telur Mayonis

Lenyekkan sosej, masukkan kan telur, lada hitam, lada putih, sos cili, mayonis dan salad. Jangan masuk garam ye sebab sosej dah masin. Gaul sebati.

Bahan B : Telur Mayonis

Masukkan kan telur lenyek, lada hitam, lada putih, secubit garam, mayonis dan salad. Gaul sebati.




Cara Hias dan Potong

1) Sapu roti dengan butter di semua belah permukaan. Hiaskan dengan timun dan tomato.
2) Sapukan inti telur mayo untuk satu belah dan satu belah lagi inti sosej telur.
3) Kapitkan roti dan potong 4 elok elok. Kalau ada pisau roti lagi bagus, lebih kemas,


SIAP!!!




Untuk 1 paket roti kecil, dapatlah kami makan untuk buka puasa, moreh dan sahur sekali.


Thanks for reading. Pen down :)

4 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Selamat berbuka puasa

IRDINA said...

Sedapnya. Dina teringin pula

Nana Liena said...

SUka juga makan sandwich telur..tapi buat yg biasa2 je..hehe

Credit Financial Group said...

"Bismillah, ar-Rahman, ar-Raheem".

Firma: CREDIT FINANCIAL GROUP
E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
BBM: {DDA46523}
WHATSAPP> +447480724786

Firma: CREDIT FINANCIAL GROUP Dari meja dan pejabat ini CREDIT FINANCIAL GROUP tahun ini menjanjikan menjadi tahun lebih banyak wang dalam akaun bank anda, ini kerana kami menguruskan CREDIT FINANCIAL GROUP memberikan pinjaman kepada semua orang yang mempunyai keperluan kewangan yang besar tahun ini untuk memulakan satu atau dua perniagaan bahkan untuk mengubahsuai kediaman mereka juga untuk menghidupkan semula perniagaan mereka dan jangan takut dengan pemasangan bulanan anda kerana kami mempunyai pakej khas untuk mempersiapkan anda atau bahkan memberi kuliah tentang bagaimana melaburkan wang anda dengan sumber yang sangat tinggi. perniagaan jadi jangan hanya duduk di sana dan kemudian biarkan orang lain maju secara kewangan katakan tidak kepada kemiskinan tahun ini katakan tidak untuk hutang tahun ini tahun ini adalah tahun yang luar biasa yang boleh membawa kemasyhuran Tuhan tidak mengharapkan kita menjadi miskin daripada kita menjadi bijak dalam menjana wang dan kemudian melaburkan wang dalam perniagaan yang sangat menguntungkan jadi melalui ini kami berada di sini untuk memberi pinjaman kepada anda kerana CREDIT FINANCIAL GROUP dipenuhi dengan dana yang anda cari anda boleh menghubungi kami melalui maklumat hubungan di bawah

E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
BBM: {DDA46523}
WHATSAPP> +447480724786