Sunday, June 7, 2020

Best English Movies III


Assalamualaikum

Happy Long Weekend!!!

Kalini nak review 10 English Movies yang aku suka:

Spectre 2015

Genre : Action/thriller


Movie ini tentang James Bond yang dihantar ke Mexico City untuk misinya di sana dan bertemu dengan janda cantik untuk membongkar kegiatan jenayah satu organisasi ini yang dikenali sebagai Spectre. Memang best penuh dengan aksi yang hebat.


Learning To Drive 2014

Genre : Romance/Dram


Mengenai seorang wanita yang baru saja bercerai dengan suaminya kerana suaminya menyukai wanita lain. Janda ini ada seorang anak perempuan dewasa dan tinggal berjauhan darinya. Sayangnya janda ini tak ada lesen nak pergi melawat anak dia so dia pon ambil lesen dengan seorang lelaki Pakistan. Mereka mula rapat tapi mereka tahu mereka tak boleh lebih dari cikgu dengan pupil sebab laki tu dah nak berkahwin. Slow sikit movie ini tapi ada mesej disebaliknya.


Rattlesnake 2019

Genre : Horror/thriller


Kalau korang tak suka ular, tak payah tengoklah movie ini sebab aku pon tengok takut takut sebab aku geli sikit haiwan ini. Tentang seorang wanita bersama anak perempuannya yang ingin berhijrah ke tempat lain. Tapi sayang dalam perjalanan ke sana, kereta dia ada masalah dan anaknya pula dipatuk ular. Kebetulan ada pondok disitu dan dia pon mintak tolong orang disitu dan akhirnya anaknya sembuh tapi ada syarat tak masuk akal yang dikenakan oleh orang itu.


The Platform 2019

Genre : Sci-Fi/Horror


Ini cerita in Spanish tapi aku include juga sebab orang cakap movie ini best tapi biasa saja. Best sebab jalan ceita dia kreatif tapi agak seram sebab ada adegan makan/bunuh orang sebab nak survive kan. Tentang penjara yang memiliki 313 tingkat so bila waktu makan tiba semua orang berebut dan bila sampai ke tingkat 50 ke atas makanan sudahpon habis, so dari situ mereka start bersaing untuk hidup.


The Queen of Sin/Dangerous Seduction 2018

Genre : Thriller


Tentang seorang lelaki yang akan mengorat wanita cantik dengan niat untuk dibawa kepada bos dia yang psycho dimana bos dia akan cucuk dadah untuk berseronok dan akhirnya semua wanita yang dicucuk akan mati kerana overdose. Satu haritu lelaki tu jatuh cinta pada seorang perempuan ini dan kemudian perempuan terpaksa diberi kepada bos dia dan akhirnya lelaki itu protes demi selamatkan perempuan tu dan ada tragedi disebaliknya.


Beauty and The Beast 2017

Genre : Musical/Romance


Confirm semua orang tahu kn storyline movie ini. Best sebab pemandangan dan graphic dia cantik cuma aku banyak skip part dorang menyanyi sebab movie ini lama nearly 3hours. Emma Watson memang anggun sangat dalam movie ini.


Are We Done Yet 2007

Genre : Family/Comedy


Tentang satu family yang baru saja beli mansion dari agen hartanah yang bernama Chuck. Tapi mansion tu terlalu lama dan perlukan banyak renovation dan setiap kali laki tu nak call construction agent/inspector agent mesti Chuck yang datang. So dia rasa annoyed sangat dengan Chuck tu even bila wife dia nak delivers twin, Chuck juga yang jadi midwife. Movie ini memang best boleh katakan Chuck ni memang serba boleh.


Dora and The Lost City of Gold 2019

Genre : Family/Adventure


Heroin ini memang cute dan petite sebab tu dia jadi Dora. Watak Dora ini memang happy go lucky sampaikan semua orang tak suka dia sebab dia jenis tak tahu malu dan pandai sangat sebab dia homeshooled by her parents yang merupakan professor. Bila Dora dah besar, parents dia hantar dia ke city untuk dia adapt dengan kehidupan bandar. Macam macam aksi Dora yang mencuit hati dengan backpacknya yang penuh dengan suvival things eg shovel, torchlight, maps, etc.


Aladdin 2019

Genre : Family/musical


Movie ini pon sama saja dengan storyline asal dan aku pon banyak skip sebab banyak menyanyi. Yang paling best watak adalah Jin yang dilakonkan oleh Will Smith memang kelakar dan Aladdin ini pon pandai berlawak dengan jin dia.


Mom's Night Out 2014

Genre : Comedy


Menceritakan 3 working mom yang rasa penat sangat dengan kehidupan mereka sebagai ibu bekerjaya so satu haritu mereka berpakat dengan suami masing masing untuk mereka berparti sebagai orang muda dan suami mereka harus menjaga rumah dan anak mereka. Tapi sepanjang suami dorang jaga, macam macam aksi berlaku yang membuatkan 3 working mom ni tak senang nak enjoy.

Bagi aku yang paling best adalah:

1) Spectre
2) Are We Done Yet
3) Dora and The Lost City Gold
4) Aladdin
5) The Platform
Korang dah tengok yang mana? Feel free to suggest me any other movies :)

32 comments:

Ana Jingga said...

kak ana suka beauty and the beast tu hehe :0

Faiq Najmi said...

Hai jalan jalan sini :) done follow back
https://najmi-faiq.blogspot.com/

Hanachie said...

Lately, saya rajin layan drama. Tapi kdrama je lah memanjang haha
.
Selamat hari rayaaa ;)

Mellya Musa said...

dalam suma2 ni platform je dah tengok hehe done follow lama dah :P

selamat hari raya!

Kancil 8349 said...

Salam kembali dari Kancil di Sabah.

Entry yang menarik. Insya Allah akan dicari filem - filem ini. Terima kasih memberi cadangan

Nurul Aziz said...

Semua movie ni tak pernah tengok lagi. Hehehe.

Adie Riyanto said...

Aladdin adalah salah satu film favorit saya. Nob
Nonton film ini sampe bolak-balik. Di pesawat waktu ke Eropa pun juga nonton ini.

Salah duanya yang sudah saya tonton adalah Spektre dan Beauty and The Beast. Suka saja dengan serial film James Bond dan kisah Disney. Sayang sekali Bond tahjn harus mundur jadwal tayangnya gara-gara covid19. Hiks 😷

Zaleha Biz Mentor said...

wow banyaknyaaa dah khatam

Ai said...

The Platform tu boring. Nyesal tengok.

Ailee said...

Thank you for suggestion! Kakak nak tengok Queen of Sin tu la waktu lapang nanti.

Mat Som Sadona said...

Assalamualaikum...I dah folow lama dah

ewanthology said...

Aladin

anakdenesor said...

balas kunjungan..pssttt da lama la saya follow awak..heheh..
Nice entry...memang tengah cari movie nak tgk masa free..elok sangat la list movie ni heheh

BudakVanilla said...

wahhh banyaknyaaa, thanksss. nak masuk semua dalam watchlist. harap lepas ni boleh tengok la :D BV paling suka romcom and family comedy punya genre :3

ghitas said...

شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة تنظيف خزانات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة مكافحة نمل ابيض بالخبر

Semut Senyum said...

Assalamualaikum.. ni semua bahan PKP KE.. Ada lagi yang SS tak tengok lagi. boleh cari lah pas ni..

mrhanafi said...

wah nenarik juga nie..

cuma saya jarang ada masa untuk menonton filem yang hebat begini

Ada Abdullah said...

hee.. done follow sini.

Your blog in my list now.. :))))

izzati日向 ♥ said...

mostly semua izzati dah tengok hehe. sebab abah izzati pun minat sangat dengan english movie nih. izzati will check out mana ii yg izzati tak tengok lagi. thank you sis and im done following your blog!! <3

mygoldpen said...

Tgkla Hachi - A Dog’s Tale..sedihh
Done following u back 😊

Beeha Azman said...

Beeha dah tengok platform jugak. I would give 6/10. Hahaha. Bukanlah tak best sangat.. tapi scene dekat situ jer and agak geli tengok situation mcm tu. But, I don't understand with its ending T.T

Shahada Fauzi said...

satu pun tak pernah tengok lagi ni..nanti boleh la try tengok..hihi

mimin adam said...

platform best

shima jelani said...

Banyak movie yang belum tgk ini. Almaklum masa itu anak-anak masih kecik. Nanti boleh cari :)

Teacher Basariah said...

Nice entry. Bolehla masuk list. Cikgu dah tengok Dora dan Aladin. Yang lain tak tengok lagi.

anakHajiMuaai said...

Ok ngam. Bleh masuk dlm to-watch list

Tqa London said...

English movie memang banyak kalau nak di listkan tapi for the time being, yang paling Tqa suka is:
1. Five Feet Apart
2. I Still Believe
3. Breakthrough
4. The Hate U Give
5. Wild Child

dan tu baru sikit. Belum masuk cerita lawak lagi hahaha

Akak Kembang said...

lamanya tak tengok movie omputih ...
Salam kembali dr Blog Akak Kembang

Farrah MF said...

Assalamu'alaikum, sis.

Maaf lama bebenar tak berkunjung ke mari. Dah lama follow blog ni tapi ni baru aktif nak blogwalking semula :)

Saya pun suka Aladin sebab karakter gila-gila Will Smith tu.

Jari Boloq said...

Done follow #4026
best nak2 aladin

Blog Sang Pria said...

Hahaha.. dasyat ada review pasal movie dalam blog..
kalau ada link sekali ni lagi best. Hahahaha

NASSAH said...

WOOOOW WONDREFUL MOVIES.. THANKS A LOT FOR SUGGESTIONS