Sunday, June 21, 2020

Brew and Butter Cafe


Assalamualaikum

Semalam pergi lepak kejap kat Brew and Butter Cafe di Jalan Bukit Ubi Kuantan bersama dengan kakaks dan anak buah. Aku pon baru tahu Brew and Butter dah ada second branch iaitu di Jalan Bukit Ubi, yang pertama di Swiss Garden Residence, aku ada buat review dalam entri ini

Apa beza 2 branches ini??

Brew & Butter 1st branch serves cakes, pastries and coffees only
Brew & Butter 2nd branch serves western foods, heavy meals, cakes, pastries and coffees



Musim covid ini, macam biasa kena pakai mask, tulis nama, suhu diambil sebelum masuk even kids pon pakai mask ye. 


Masuk masuk saja Mawaddah dah kat bahagian kek terus nak kek warna warni ni.


Maka, kateh aku pon belilah kek vanilla ini untuk adah walaupun sempena Happy Fathers Day.


Mawaddah ini memang eksited kalau bab birthday, 10 orang birthday, 10 tu lah birthday dia jugak. Kami pon tak faham berapa kali birthday dia dalam setahun

Hi saya adah makan kek dan air cekelat

Kek ini harga terkejut jugalah RM23 for a mini round cake, tapi nasib baik sedap, lembut, tak kering, dan just nice saja manis dia. Serious sedap!!!


Mac and Cheese

Kami makan pasta dan macaroni beserta coffee, tapi tak ingat sangatla exact prices.

Spicy Mac and Cheese Spicy Beef = Rm15
Garlic Mac and Cheese Beef = Rm15
Spaghetti White Sauce Beef = Rm15
Spaghetti Rose Seafood = Rm20

Chocolate Ice = Rm11
Caramel Ice = Rm9
Mocha Ice = Rm11
Latte Ice =  Rm9


Makanan yang paling sedap bagi aku adalah Mac and Cheese, untuk Spagheti Rose pon sedap seafood banyak dan segar. Coffee pula ok pekat tapi kalau korang sweet tooth boleh request more syrup, caramel ice paling sedap rasa macam coconut shake.


Cafe ini cantik lebih luas dari first branch, dan aku suka white wall yang simple yet sentimental with the plants alongside the corner.


Thanks for reading ye :)

24 comments:

Atikah Tahir said...

Haii... comel sangat Mawaddah ni.. tengok Mawaddah makan rasa macam nak makan kek tu jugak.. nampak sedap jee..


http://atikahtahir.blogspot.com/

Haziqah said...

dapnyaa kek..cantik cafee ni^^

kisah si dairy said...

best pulak hakak tengok menu-menu tu..kemain ek si kecik tu makan kek...heheheh..
kalau kat jb ada nak gak terjah

norhidana said...

alah2 comelnya, bersungguh nampak dia makan kek tu... kegemaran nampaknya

ejulz said...

wahhh.. sedap kek :)

Mashitah Mamat said...

Menu nya nampak menarik dan sedap. restoran pun cantik. minimalis.

dear anies said...

assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

dear anies said...

follower 4040... ada hadiah x? hahahaha

NASSAH said...


Very nice.. Happy fathers day

Cik Misstree said...

Terima kasih singgah di blog saya. Saya dah lama follow blog ni :)

Bonda Chanteq said...

hi acu...tq follow blog Bonda Chanteq. BC dh follow acu semula...

Curheart.Bedelia said...

menarik tempat ni. nampak kemas. harga pon berpatutan :D

Curheart.Bedelia said...

menarik tempat ni. nampak kemas. harga pon berpatutan :D

patungcendana said...

Salam,

Terima kasih kerana visit blog saya. maaflah, lambat reply sebab agak sibuk menyesuaikan diri dengan online teaching.

Menarik blog ini. Buat saya lapar :-D

Nurul Aziz said...

suka betul cafe simple macam ni. tapi yang penting makanan pun kene sedap la.

Ardini Humaira said...

Best best nampak menu kat sana 🤩 done follow juga

Aina Akmal said...

bestnyaaaa, teringin nak pergi cafe. nampak sedap snagat coffee tu.

singgah follow sini. :)

Cik TK said...

cantik cafe tu... makanan pun nampak sedap!

abasozora said...

saya suka membelikan cake untuk anak, tetapi saya sendiri tak sampai hati tuk memakannya

HeNRieTTa JoSe said...

menariknye...dah mcm SR...

Athirah | Coral Tulip said...

Ya Allah, harga dia.. Nasib baik sedap ya. 😂

OKje said...

Teringin nak cat rumah warna mcm tu..... putih hitam ...cantikkan... mcm damai je bila tengok...

Budak budak biasalah hihi... aasal ada bezday cake dia pun nak tiup lilin jugak hihi.... Layyankan ajelah

Bebas said...

Kussemangat harganya janji sedap.

Nurzarini Ismail said...

Wow, boleh tahan ye harga mini kek tu. Tengok polisterine packing tu ingatkan bawah RM10. Nasib baik sedap, ye tak..tapi Mawaddah ada geng la. Auntie pun suka makan kek dan berharap setahun boleh sambut birthday banyak kali jugak :D