Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 12, 2020

Roots by Kebun Kota


Assalamualaikum

Semalam kami makan malam di Roots by Kebun Kota yang terletak di Jalan Air Putih Kuantan. Ini adalah sustainability lifestyle cafe and serves you wide range of organic and all natural products, from farm to table dan mereka ada farm mereka sendiri. Cafe ini besar dan orang pon tak ramai. Masuk masuk cafe ini memang akan terdengar bunyi muzik sentimental dan bau cafe yang best.


Sambil sambil korang menjamah makanan, boleh  tengok handmade booth di hujung tu banyak jenis barang kraftangan yang boleh dibeli.

handmade corner
disebabkan besar so kami duduk tengah tengah ini

menu

Cafe ini tutup pukul 7 malam dan kami sampai dalam pukul 6 petang so disebabkan kami agak lewat banyak makanan not in the menu, jadi kami makan apa yang cepat dan mudah.

Moringa Latte

Drinks

Moringa Latte = Rm12
Chocolate Latte = Rm12
Spiced Chocolate = Rm12

Shashuka di makan bersama roti

Foods

Mee Sua = Rm12
Shashuka = Rm12
Nasi Lemak Basmathi Ayam = Rm15


Bagi kami makanan dan minuman dia sedap dan berpatutan. Kat sini famous dengan Moringa so ada jual Moringa Cookies dan Moringa Coffee. Bagi aku Moringa Latte ini rasa macam susu campur dengan serbuk matcha yang dikisar tu.

handmade mural
this cafe fits for alone and aloof person


Memang cantik cafe ini tak puas dok sekejap macam kat rumah kan tapi kami tak sempat lepak lama sebab dah nak maghrib


Tak silap aku dapur di bawah so bahagian atas hanyalah dapur kering, bijak kan sebab tak adalah bau masakan/pencemaran bunyi bila customer lepak kat cafe ini.

antara bahan bahan tanaman dijual


Thanks for reading. Feel free to stop by this cafe if you are around here okay!!!

7 comments:

Roots by Kebun Kota said...

Terimakasih kerana mengunjungi Roots by Kebun Kota. Selain menyediakan makanan dan minuman, kami juga ada kelas pilates setiap hari Rabu dan Ahad. Kami juga membuat kelas-kelas kemahiran seperti sulaman benang, sulaman manik, buat sabun, tempeh dan pelbagai kelas lagi dalam perancangan untuk tahun inj. Matlamat Roots ialah untuk menjadi pusat masyarakat setempat berjumpa, belajar dan berkongsi ilmu serta kepakaran.

Jari Boloq said...

kafe yg menarik, balik kg bleh singgah ni, style..

Han Hanni said...

kedai makan menarik. menu pun nampak best!

norhidana said...

menariknya kedai nih, dahla dia pun interior design pun lawo... makanan dia pun menarik... siap ada ruang untuk deko2 dan menjual barangan tanaman lagi

NizaAbdRani said...

kafe yang menarik and deco dia pun cantik

dear anies said...

dok lama2 kat sini mmg syok ni

OKje said...

lawa lawa cafe kat Kuantan ni ye...Alahai bilalah nak sampainya ni huhu.... Kat KL mungkin banyaklah tapi mmg jaranglah pi cafe cafe gini....selalu pi kedai makan yg boleh kenyang samapi malam je Acu hihi