Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 23, 2020

Best English Movies VII

Assalamualaikum

Ada lagi 10 action movies yang aku nak review harini, boleh katakan most of them daripada Netflix.

Spy 2015
Genre : Comedy/Action


Melissa McCarthy kalau berlakon mesti lawak gila. Spy mengenai Melissa yang memang impikan menjadi Spy on the field sebab selama ini dia hanya bekerja di belakang tabir. Disebabkan ada satu kejadian dimana kawan dia terbunuh, so dia terpanggil untuk jadi Spy demi balas dendam atas kematian kawan dia. Gelagat dia sepanjang undercover memang mencuit hati dan rupanya dia layak menjadi spy sebenar.

Hot Pursuit 2015
Genre : Comedy/Action


Mengenai anggota polis ronda yang berjaya memberkas kegiatan dadah sekumpulan penjenayah ini atas bantuan seorang perempuan ini. 

Cold Blood Legacy 2019
Genre : Action/Thriller


Tentang seorang pembunuh upahan yang telah bersara dan tinggal di kawasan salji. Walaupun dia sudah bersara tapi ramai sangat orang ingin membunuhnya kerana mereka bakal mendapat ganjaran. 

Holiday in the Wild 2019
Genre : Action/Comedy


Mengenai seorang perempuan yang bercuti di Afrika kerana baru lepas kecewa diceraikan oleh suaminya. Di sana, dia berjumpa dengan orang orang yang sangat positif dan dia temui ketenangan yang dicari selama ini sepanjang bekerja dengan gajah dan akhirnya dia decided untuk settle down di sana dan hidup di sana.

Code 8 2019
Genre : Sci-fi/Fantasy


Pada zaman ini, sebilangan manusia mendapat superpower mereka dan mereka menggunakan superpower dalam kehidupan seharian mereka. Tapi superpower yang dimiliki oleh seorang lelaki ini sangat power dan dia bersama rakannya melakukan rompakan dengan menggunakan kelebihan yang dia ada kerana dia perlukan wang untuk selamatkan ibunya yang sakit.

National Treasure 2004/2007
Genre : Adventure


National Treasure ni memang best dan rasanya semua orang tahu movie ini tapi aku baru tengok bulan ini. Banyak teka teki yang mengarah kepada penemuan harta karun dan peninggalan artifak dahulu kala. Tak silap aku ada 2 series untuk movie ini.

Tall Girl 2019
Genre : Drama


Perempuan ini memang tinggi gila dan sering diejek oleh kawan kawannya. Pada satu hari itu ada seorang pelajar masuk sekolah dia dan pelajar tu tinggi dan perempuan ini memang minat dia. Dari situ dia buat macam macam untuk tarik perhatian lelaki itu tapi sayang lelaki itu tidak serius dan endingnya perempuan itu bercinta dengan kawan baik dia sendiri yang sudah lama menyimpan perasaan. Kawan baik dia sangat kelakar dan setia.

Bloodshot 2020
Genre : Action/Adventure


Bloodshot mengenai Vin yang sudah mati ditembak oleh penjenayah. Tapi kemudian dia hidup atas bantuan teknologi yang dicipta oleh seorang Dr ni. Dr ni menggunakan Vin untuk membunuh musuh musuh nya dengan cara memberi data yang salah kepada Vin.

Escape Room 2019
Genre : Action/Adventure


Tentang 6 orang yang dijemput untuk bermain Escape Room dengan ganjaran Rm10k jika berjaya. Escape room level yang ada antaranya panas, sejuk, upside down, etc dan seorang demi seorang mati sebab masing masing ingat selamatkan diri. Rupanya setiap klue ada kaitan dengan latar belakang setiap orang.

Project Power 2020
Genre : Sci-fi/Fantasy 


Tentang bekas askar dituduh dalang kepada Project Power ini. Project Power ini memang haram sebab bila makan, korang mungkin akan jadi invisible,hulk,bulletproof, frozen or apa apa. Tapi kalau terlebih ambil memang akan mati sebab tulah polis ingin tahan benda ini.

Work It 2020
Genre : 


Work It ialah Dance Competition di mana Quinn ingin belajar menari untuk mendapat tempat di Duke University. So she creates a new dance group iaitu TBD dan beberapa orang ahli lain. Lama lama dia rasa dia sangat sukakan tarian dan akhirnya mereka berjaya memenangi competition itu walaupun dia tak dapat masuk ke Duke University atas sebab tertentu.

The Sleep Over 2020
Genre : 


Tentang kawan kawan mereka yang sleepover di rumah Clancy dan mereka bercamping di luar rumah. Tapi ada kejadian berlaku di mana masa mereka di luar rumah mak ayah mereka di culik oleh bad people dan rupanya terbongkar bahawa mak mereka adalah spy dan mak mereka tinggalkan clue untuk Clancy and the geng cari mereka.

Paling best :

1) Escape Room
2) National Treasure
3) Tall Girl
4) Spy
5) Code 8
Thanks for reading. Pen off :)

6 comments:

Adinda Baizura Mazlan said...

Nice sharing.
Nanti nak tengok la semua movie ni.
Kat mana boleh dapatkan yea? Dalam Telegram ada?

acuyuhan said...

saya biasa tgk di Astro HBO, Astro On Demand dan Netflix

afeezz said...

yang dah tengok cume National Treasure 2 dan Project Power

HeNRieTTa JoSe said...

hot pursuit tu menarik jugak....

thes said...

banyak yang tersenarai semua tak pernah tengok hahaha

Galaksi Viral said...

Hai, blogwalking here. done follow blog ini. rasa cuma 3 filem GV pernah tgk. National Treasure banyak guna sumber library dan ianya berkisarkan illuminati. huhu.