Friday, October 16, 2020

Best Korean Movies VIII

Assalamualaikum

Enjoy my reviews of recent Korean movies I have watched!

Bluebeard 2017
Genre: Thriller/Psychological


Bluebeard bermaksud lelaki yang membunuh isteri mereka, berkahwin lain dan bunuh lagi yang menjadikan pembunuhan ini bersiri dan juga melibatkan perempuan perempuan lain. Movie ini tentang seorang bapak dan anak lelaki yang terlibat dalam pembunuhan bersiri, kerat badan dan meletakkan kesalahan itu kepada seorang doktor di kawasan kejiranan mereka. Doktor itu pula ada macam confuse dengan diri sendiri dan semua bukti menunjukkan dr itu yang membunuh padahal kawasan kejiranan mereka itu berpakat untuk membuat cerita dan mengenakan dr itu.

Penny Pinchers 2011
Genre: Romance/Comedy


Tentang seorang lelaki homeless yang ditolong oleh seorang perempuan yang sangat berjimat dan pandai membuat duit. Tapi ada muslihat disebalik itu dan sebab perempuan itu perlukan lelaki itu. Dari situlah lelaki itu belajar untuk berjimat dan mereka bercinta.

Mood of the Day 2016
Genre: Romance/Comedy


Mengenai seorang wanita yang dihantar ke Busan untuk satu tugasan dan dalam perjalanan ke sana, dia terjumpa seorang lelaki yang prinsip dia hanyalah 1 night stand, perempuan tu pula dah macam kecewa sebab baru clash dengan boyfriend. Dari situ laki itu dah macam suka perempuan ini dan ingin hubungan ini lebih serius tapi perempuan itu tetap menagih cinta ex boyfriend dia.

The Classified File 2015
Genre: Crime/Drama


Menceritakan tentang satu family yang anaknya diculik dalam tempoh masa yang lama. Berbagai usaha yang dilakukan oleh ibupanya untuk mendapatkan anak nya kembali termasuklah berjumpa dengan fortune teller. Fortune teller itu pula cakap anak mereka akan selamat jika detektif X siasat kes ini. So dari situlah detektif dan fortune teller ini bekerjasama dalam menyelesaikan penculikan ini dan rupanya ada kaitan dengan parents itu sendiri.

SORI : Voice from the Heart 2016
Genre: Family/Sci-fi


Berkisarkan seorang bapa yang ingin mencari anaknya yang hilang selama 10 tahun selepas mereka bergaduh. Selepas bapanya putus harapan dan ingin membunuh diri di laut, bapanya dihanyutkan dan terdampar di tepi pantai bersama robot yang dinamakan Sori. Sori ini yang membantu mengesan lokasi anaknya yang hilang dengan menggunakan nombor telefon saja. Tapi sayangnya, sudah terlambat kerana anaknya bunuh diri di lautan.

#Alive 2020
Genre: Horror/Drama


Alive ini pasal 2 orang manusia yang terperangkap dalam apartment mereka kerana diluar ada zombie. So mereka berdua perlu berpakat untuk hidup dan survive pergi ke rooftop untuk disedari oleh helikopter.

Master 2016
Genre: Action/Crime


Master tentang con artist yang menipu duit rakyat dan dalangnya telah berhijrah ke Filipina dan berpura pura mati. Sebenarnya itu hanyalah trick untuk tutup mata polis Korea dan con artist ini ingin menipu di Filipina pula. Tapi polis korea ini hebat tetap kesan dan tetap pasang strategi untuk berkas conartist ini dengan menggunakan Woo Bin iaitu seorang hacker.

Me and Me 2020
Genre: Mystery/Drama


Me and Me mengenai seorang polis yang ditugaskan untuk siasat satu kebakaran yang mengakibat sepasang suami isteri mati di sebuah kampung. Suami isteri ini dianggap pelik oleh orang kampung kerana mereka sewa jauh daripada orang lain dan setiap malam mesti akan bunyi bising rupanya isteri dia mengalami masalah bertukar identiti waktu malam. So bila orang kampung tahu, mereka pon mengurung suami isteri ini setiap malam dan akan buka pada waktu pagi. Polis ini macam tak dapat clue untuk selesaikan kes ini dan satu malam itu dia terjaga dari tidur dan dia menjadi lelaki yang mati itu.

The Beauty Inside 2015
Genre: Romance/Drama


Pasal seorang wanita yang jatuh hati kepada seorang lelaki yang betukar badan dan wajah setiap pagi. Dari situ lelaki itu cuba yakinkan wanita itu tentang masalah lelaki itu yang merupakan penyakit keturunan. Wanita itu boleh terima lelaki itu tapi dia akan mengalami depression atas kata kata orang sekeliling yang berkata tentang wanita ini. So mereka pon clash dan laki itu bawak diri ke oversea dan wanita itu cuba jejaki lelaki itu dan mereka hidup bahagia di luar negara. Movie ini melibatkan ramai pelakon hebat seperti Lee Dong Wook, Park Shin Hye etc.

The Dude in Me 2019
Genre: Fantasy/Comedy


Mengenai seorang lelaki kaya dan budak lelaki yang bertukar identiti ketika mereka berlanggar. Budak lelaki ini gemuk dan selalu dibuli, so laki kaya ini amik inisiatif untuk kuruskan badan dan menjadi berani semasa dia berada dalam badan budak itu manakala budak dibuli dalam badan lelaki kaya itu masih koma. Rupanya disebalik cerita ini, mereka berdua ada hubungan kekeluargaan yang dah lama hilang.

Paling best adalah:

1) Bluebeard
2) Master
3) #Alive
4) The Classified File
5) Mood of the Day
Thanks for reading. Pen off :)

6 comments:

norhidana said...

dalam banyak2 nih akak pernah tengok dude in me je yang lain tak pernah tengok

acuyuhan said...

o akak lyn jugalah korea ye :)

Rasyidahshere said...

rase pernah tengok cite beauty inside tapi the beauty inside yang lain,rasanya cerita yang saya tengok tu bukan pelakon park shin hye. Hehehe..nak try jugak tengok cite bluebardbcam best jer

thes said...

hmm kena bookmark ni sebab most movie belum tengok... bertambah lagi la list to-watch hahaha

Nurul Aziz said...

wow thank you for these movie suggestion. selalu google movie korea apa yang best. lepas tu last-last masa habis sebab cari movie je. lepas ni boleh la try tengok movies ni pulak.

afeezz said...

not a big korean film fan, tapi pernah terlayan gak movie #alive tu