Sunday, November 15, 2020

LOFT by Loteng Kuantan

Assalamualaikum

Semalam kami makan tengahari di Loft Cafe yang terletak bersebelahan dengan 92s Cafe. Loft Cafe by Loteng, Loteng terletak di Teluk Cempedak dan kami pernah makan kat Loteng dalam entri ini tahun 2017 dulu. Restoran ini 2 tingkat dan kami makan di tingkat atas sebab bawah dah penuh.



Loft menghidangkan asian cuisine dan harga murah saja dan banyak pilihan makanan.



Servis di sini pon cepat serta makanan pon sedap juga.


Banyak juga kami berdua makan dan memang penuh meja. Air memang dah siap bancuh so staff cuma akan terus tuang saja dalam bekas.

Minuman 
Kafe Yen = Rm5.90
Coconut Shake = Rm11.90


Makanan memang macam macam kateh aku order senyap senyap sebab dia yang tanda menu, tiba tiba sampai terkejut kejap haha

Thai Minced Chicken Rice = Rm8.90
Kerabu Maggi = Rm11.90
Tempura Mushroom = Rm6.90
Tempura Squid = Rm12.90
Nachos Beef Bolognese = Rm14.90


Aku makan nasi so memang kenyang, ayam banyak dan ada somtam serta telur mata. Kerabu Maggi pula manis sangat pula aku rasa dan nachos sedap atas tu ada cheese. Tempura pon okay just nice lepas tu kami pesan kek pula sebab Loft ini famous dengan icecream cake.

Icecream Cakes

Mango Cheese Cake = Rm8.90
Durian Cheese Cake = Rm11.50
Salted Caramel Cake = Rm8.90
Toblerone Dark Choc Cake = Rm8.90


Kek Durian dia comel dan sedap, bagi aku semua kek sedap.


Walaupun kami order banyak tapi tak semua kami berjaya habiskan, so bungkus bawak balik.

Thanks for reading. Pen off :)

4 comments:

Syaz Rahim said...

cutenya kek durian tu hehe

mokja said...

Makcik dah ke situ sekli. Sedap makanannya. Lepas tu sambil tunggu makanan, boleh conteng2 kertas lapik meja.

Oldstock said...

Ok.. nice post. Boleh try next trip kami ke Kuantan. Banyak juga tempat makan menarik di Kuantan ni ya...

acuyuhan said...

haha tak terfikir pulak saya nak conteng kertas tu makcik