Assalamualaikum
Semalam kami pergi makan petang di Brew and Cabin yang terletak di Indera Mahkota 15. Dah lama pasang niat makan sini tapi disebabkan kami biasa keluar waktu pukul 11 pagi dan cafe ini buka 1 tengahari so timing tak kena. Tapi tak sure pulak kalau MCO ini waktu dia berbeza.
Masuk masuk cafe ini terus kakak aku cakap eh ada kek Tom and Jerry so terus order nak rasa. Kek Tom & Jerry ada 2 jenis iaitu yang white chocolate diluar (kuning) dan dark chocolate di luar (hitam). So kami pilih warna kuning sebab itulah cheese Tom Jerry kan.
Cafe ini 2 tingkat dan konsep pon menarik, ada sudut makan kat dinding macam bawah ini.
Kat sini lebih pada western food dan kopi, tapi nasi goreng pon ada juga.
Nanchos = Rm9
Nanchos ini tak plan nak order pon tapi sebab makanan aku sampai lambat dan kakak kakak aku pon nak habis makan. So dorang order Nanchos to buy some time.
Latte Cold = Rm11
Matcha Latte Hot = Rm10
Hazelnut Latte Cold = Rm13
Tom and Jerry Cheese Original Cake = Rm8.50
Appetizer kami adalah Tom & Jerry Cheese Cake. Comel dan rasa pon sedap. Nak makan kena ketuk dulu bahagian luar tu sebab luar tu coklat putih dalam tu cheese cake.
Aglio Olio Chicken Ham = Rm15
Sedap, berasa dan selera tekak melayu.
Carbonara Chicken Ham = Rm19
Bagi aku sedap dan banyak dan too creamy.
Fish Tempura Fries = Rm15
Aku dah lama tak makan fish and chips so kali ini order fish tempura fries. Sedap dan garing.
Thank you for reading. Enjoy your weekend!!!
4 comments:
wow... tastynya
Nanchos tu nampak sedap. Ntah bila pula boleh sampai Kuantan.
wah.. nampak sedappp^^^
Bestnya menu dia. Saya kalau tengok kek Tom& Jerry tu..mesti amik warna kuning macam awak..baru lah feel cheese..Tempat di pun hipster
Post a Comment