Tuesday, January 12, 2021

Bulgogi Ramen, Mamee Ghost Pepper dan Mi Sedaap

Assalamualaikum 

Dah lama tak share dengan korang samyang yang viral yang selau orang cuba. Rasanya last aku buat review samyang adalah tahun 2019 time tu review Maggi Ghost Pepper. Kali ini aku nak review 3 maggi yang boleh katakan ramai orang dah cuba.


Maggi Daebak Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas


Mamee memang tak nak kalah kalau bab pedas ini sebab memang pedas gila. Maggi Ghost Pepper kali ini ada banyak perisa iaitu Mee Goreng, Kari Lontong dan Daging Cendawan Pedas. Aku pilih daging cendawan pedas sebab aku nak rasa maggi pedas versi berkuah. Kuah dia warna putih tau sebab serbuk perisa cendawan dan maggi dia agak besar. Sekali ngap, memang terus terasa pedas dan pedas dia terus tangkap lidah tak boleh cakap. Berkuah lagilah bertambah pedas, tapi sedap. Aku makan ini tak pernah habis, mesti akan kongsi dengan kateh aku. Ini maggi paling pedas setakat ini aku pernah makan sebab ghost pepper kan antara peper yang paling pedas di dunia.

Mi Sedaap Korean Spicy Chicken


Dalam banyak banyak maggi pedas, maggi mi sedaap yang paling aku suka dan boleh habis. Memang pedas tapi pedas dia ada rasa manis dan rasa tomyam. Bagi aku sedap, pedas dan memang selera orang melayu dan rasa ayam.

Samyang Bulgogi Ramen


Biasa selalu nampak korean makan bulgogi kan so kali ini kami pon belilah Bulgogi Ramen. Sedap juga sebab ini kali pertama aku makan maggi rasa daging dan dalam itupon ada hirisan daging. Sedap rupanya Bulgogi ini tak pedas, manis dan ada rasa daging panggang. Kalau dah ramen pon sedap mesti Bulgogi sebenar lagi sedap kan.
Thank you for reading. Semua ramen atas ini ada halal logo.

4 comments:

Fizah Abdul Halim said...

Boleh try bulgogi tu. Hihihi

Farah Hanani Ramli said...

Look delicious!

Syaz Rahim said...

oo bulgogi namanya hehe

thes said...

dah lama nak makan bulgogi ramen tu,, tapi kalau ke supermarket lupa je nak cari