Sunday, January 24, 2021

English Movies XIV

Assalamualaikum

Enjoy my reviews!!!

Hidden Figures 2016
Genre : History/Drama


Movie ini based on true story di mana pada zaman 80an dulu sifat perkauman di US sangat kuat antara black people dan white people. Pada waktu dulu black people digelar sebagai color people sampaikan tandas/semua tempat akan diletakkan signboard "White People" atau "Color People". Movie ini tentang 3 black people yang sangat cerdik bekerja di Nasa seorang itu sangat pandai dalam matematik, seorang lagi bidang kejurteraan dan seorang lagi pandai dalam sistem. Color people ini kerja sebagai belakang tabir saja dan nak tak nak white people terpaksa terima mereka bekerja untuk projek ini disebabkan pada masa itu US tengah bersaing dengan Rusia untuk hantar orang ke space dan 3 orang ini memang sangat membantu dan dari situ bos mereka pon terima mereka dan buangkan semua signboard color people di NASA.

The Pursuit of Happyness 2006
Genre : Drama/Family


Cerita ini dah lama tapi mesej sangat menyentuh perasaan tentang seorang bapa yang sangat tak putus asa dalam membesarkan anak dia, cari kerja dan jual barang dia. Mengenai Will Smith yang tiada pekerjaan tetap, dia cuma tolong jual sistem di hospital dan dalam masa yang sama tak cukup duit bayar rumah. Paling sedih bila dia dan anaknya terpaksa tidur di tandas dan berlakon macam kena kejar dinosor supaya anak dia terima untuk tidur bukan dirumah. Dalam masa yang sama dia kena study untuk dapatkan pekerjaan tetap di sebuah syarikat besar.

Witness to Murder : A Darrow Mystery 2019
Genre : Crime/Mystery


Mengenai keluarga Darrow iaitu mak dan anak yang merupakan seorang peguam dan memiliki firma guaman. Kes terjadi apabila mereka berdua merupakan saksi utama satu kejadian tembak dimana dan kes ini diambil oleh mereka untuk siasat. 

Murder Mystery 2019
Genre : Comedy/Mystery


Tentang sepasang suami isteri yang bercuti di luar negara tapi dalam pada itu mereka terperangkap dalam sebuah kapal. Kapal itu pula ada penghuni lain sebuah keluarga kaya dan konflik terjadi apabila ada kejadian bunuh dan suami isteri ini pula terpaksa menyelesaikan misteri ini kerana mereka dituduh menjadi dalang pada kejadian ini disebabkan mereka saja yang bukan ahli keluarga itu.

What Men Want 2019
Genre : Romance/Fantasy


Tentang seorang wanita yang bekerjaya, mewah ada segalanya tapi tiada lelaki disisi. Satu malam itu dia keluar dengan kawan kawan dia dan kawan dia pon cadangkan dia untuk jumpa satu bomoh untuk tengok nasib dia. Dia pon dalam keadaan mabuk ceritalah segalanya yang dia kecewa dengan lelaki dan dia mahu tahu apa sebenarnya yang lelaki nak. Dia pengsan dan esok pagi dia boleh dengar suara hati semua lelaki di sekelilingnya. So dia mulalah jadi gila sebab terkejut dan dia cari balik bomoh itu untuk ubati dia. 

Tower Heist 2011
Genre : Comedy/Crime


Tower ini merupakan tempat tinggal mewah dan dimiliki oleh seorang lelaki tua. Satu hari itu lelaki tua ini ditangkap polis dan dari situ semua staff dia terkejut kerana lelaki tua itu sangat baik dan rupanya ada benda yang mereka tak tahu. Rupanya lelaki tua itu telah mencuri duit pencen mereka dan 5 orang dari pekerja mereka berpakat untuk curi balik wang itu di dalam safe. Tapi wang itu tiada dalam safe rupanya wang itu telah ditukarkan kepada kereta mewah yang disaluti emas yang berada di dalam rumah lelaki tua itu.

Mr. Popper's Penguins 2011
Genre : Comedy/Family


Tentang Tom seorang yang sangat sibuk sehinggakan dia lupa akan anak anak dia. Bapa dia pula berada di Iceland dan sempena birthday Tom, bapa dia hantar penguin hidup ke rumah Tom. Tom pun terkejutlah sebab bukan seeokor tapi 6 ekor dan anak Tom pula memang suka penguin dan dalam tak sedar Tom dapat untuk ambil hati dan luang masa bersama anak anaknya.

Faster  2010
Genre : Thriller/Action


Faster tentang 2 perompak sahabat baik yang telah dikhianat oleh seorang anggota polis dan salah seorang daripada mereka mati ditembak. Seorang lagi itu dimasukkan ke dalam lokap dan selepas dia bebas dia terus memburu orang yang telah mebunuh sahabat dia.

Just Go With It 2011
Genre : Romance/Comedy


Mengenai seorang pakar bedah yang tak jadi kahwin tapi masih memakai cincin dijari untuk meminta simpati oleh semua perempuan yang dia cuba tipu. Dari situ dia cakaplah yang dia selalu dipukul oleh isteri dan semua perempuan itupon kesianla sehinggalah dia jumpa dengan seorang perempuan ini dan dia memang suka perempuan itu. Tapi perempuan itu bijak dia nak jumpa dulu dengan bekas isteri laki itu untuk buktikan yang laki ini single. Laki ini pon terpaksa suruh pembantu dia Jennifer Aniston untuk menyamar sebagai bekas isteri dan dari situ mereka berdua terpikat pulak.

Leap Year 2010
Genre : Romance/Comedy


Menceritakan tentang Amy yang dah lama kapel dengan bf dia tapi bf dia terlalu sibuk dan tak ada plan untuk berkahwin. Amy ni pula memang nak kahwin dan memandangkan bf dia kena pergi Ireland untuk kerja so Amy pon plan untuk propose bf pada 29/2 kerana itu merupakan budaya perempuan di Ireland untuk melamar lelaki pada tahun lompat. Dia pon pergilah ke Ireland tapi cuaca buruk dan dia mendarat di daerah yang jauh dari Ireland dan dari situ dia berkenalan dengan lelaki sana dan tak sedar mereka suka each other. Cerita ini kelakar dan best.

Paling best adalah:
1) Leap Year
2) Hidden Figures
3) The Pursuit of Happyness
4) Tower Heist
5) Mr Popper's Penguins
Happy Weekend. Thank you for reading!!!

1 comment:

Adinda Baizura Mazlan said...

Ok. Masukkam dalam watching list. Hahaha