Saturday, January 16, 2021

Happy Birthday Sisters!!!

Assalamualaikum

Tahun lepas aku tak berpeluang nak meraikan birthday Kak Teh dan Kak Mina so tahun ini aku berpeluang nak meraikan sekali. Last kami raikan mereka berdua tahun 2019 dalam entri ini. Aku tak tahu pon nak beli macam macam untuk makan ramai ramai sebab 14 Jan jatuh pada hari bekerja, tiba kakak aku datang bawak macam macam rupanya mak ayah aku awal lagi dah plan dengan kakak beli something untuk Kak Teh.


Malam itu kami makan Kek SR Creme Brulee Cheese. Oklah rasa dia ada masa dia rasa macam puding karamel sikit. Lepas itu ada pizza dan macam biasa ayam KFC.




Alhamdulillah atas rezeki ini dan sebelum itu kami dah makan ramai ramai dah sempena birthday Kak Mina seminggu awal itu memandangkan Kak Mina masih dalam pantang di rumahnya. Birthday Kak Mina haritu kami makan carbonara dan KFC.


SELAMAT HARI LAHIR KATEH DAN KAMINA!!!
SEMOGA DILIMPAHKAN REZEKI BERLIPAT KALI GANDA DAN MENJADI WANITA SOLEHAH!!!

Inilah geng lepak kami bertiga: akak dan kateh
Happy Weekend and please stay at home.