Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 11, 2021

Kedai Makan Sedap di Kuantan

Assalamualaikum

Sepanjang MCO tahun lepas time weekend saja kami 3 orang makan pergi cuba cafe baru atau tempat makan baru area Kuantan. Last aku review tempat makan sedap adalah dalam entri ini bulan Ogos tahun lepas. Jadi kali ini nak review lagi 8 tempat makan sedap di Kuantan.

The 92's Cafe

92's Cafe antara cafe yang aku suka sebab spacious, tidy and affordable. Makanan banyak pilihan, pizza pon ada dan nak lepak lama pon tak ada masalah sebab kafe ini best. Kek dan kopi pon ada.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

A7, Transit Point, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Taman Union, 25200 Kuantan, Pahang
Open Everyday (11am-11pm)
09-509 5877

The Blue Plates

Restoran Blue Plates ini baru saja buka Disember lepas dan restoran ini nampak mewah tapi harga murah makanan/minuman dia. Bukan setakat murah, sedap pulak itu ada masakan melayu, barat dan kek serta kopi. 


Repeat? Yes
Review? Read here pls

B78 & B76, Jalan IM 7/4, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Sun-Thurs (1030am-1030pm)
Fri-Sat (1030am-11pm)
09-575 1765

Loft by Loteng

Restoran Loft selang sebuah dengan 92's cafe, dan berdekatan dengan Pasaraya TMG. Loft menghidangkan masakan melayu, barat, kek, dan finger food. Servis di sini bagi aku cepat, makanan pon sedap dan murah.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

A37, Jalan Dato Lim Hoe Lek Taman Union, Jalan Dato Lim Hoe Lek, 
Taman Union, 25200 Kuantan, Pahang
Open Everyday (12pm-11pm)
012-611 1237

Wild Flour Bakehouse

Wild Flour adalah bakery yang terletak di Kubang Buaya. Kat sini bermacam jenis pastry dan kek korang akan jumpa dan makanan lebih kepada sandwich based dan ada kopi. Bakery ini sentiasa ramai dengan orang dan memang kena datang awal since seat terhad.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

A4118, Ground Floor, Jalan Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang
Mon-Sat (9am-6pm) Sunday Closed
09-565 4881

Lebak Cafe

Lebak Cafe pon best dan berdekatan dengan MyKori. Lebak menghidangkan masakan melayu, pasta dan juga snek sampingan. Kat sini famous dengan kambing, memang sedap dan korang kena try.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

B56, Jln IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Sat-Thurs (12pm-10pm) Fri (2pm-10pm)
09-575 1139

Lena Cafe by Kayuwoods

Nak pergi Lena Cafe korang kena minta location dekat owner dengan cara wasap mereka sebab location dia agak complicated di tengah jalan yang sibuk. Tapi bila korang dah jumpa, korang akan impress dengan cafe yang cantik ini. Makanan tak banyak pilihan tapi sini lebih kepada big breakfast.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

Located at Jalan Besar Kuantan but pls wassap Lena for an accurate location
Tues-Sun (10am-11pm) Monday Closed
016-315 8745

Chicken Honey

Honey Chicken terletak sebaris dengan Little Arabia Kitchen, Sedo, dan Brew and Butter. Kalau korang nak makan ayam, datanglah sini sebab sini ada banyak jenis perisa ayam daripada pedas sehinggalah perisa honey. Not bad bagi aku dan ada juga dihidangkan makanan korea.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

Swiss Garden Resort Residences, Jln Kuantan - Kemaman, 26100 Kuantan, Pahang

Pull A Shot Cafe

Pull A Shot antara cafe yang cantik juga dan kat sini aku paling suka kek dia. Makanan dan kopi pon sedap dengan harga yang berpatutan. Menu disini adalah western food.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

A-245, Ground Floor,, Jalan Air Putih 2, Kuantan, 25300 Kuantan, Pahang
Fri-Wed (9am-11pm) Thursday Closed
016-932 2558

Kuantan Pickers and Kedai Kopi

Kuantan Pickers and Kedai Kopi ini memang sentiasa sibuk dengan orang, asal lalu saja mesti ramai gila orang. Aku pon tak pernah dapat dine in so kami tapau saja. Konsep disini adalah makanan pagi yang diambil daripada pelbagai vendor. Makanan pagi memang rambang mata dan cepat habis.


Repeat? Yes
Review? Read here pls

22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Open Everyday (7am-12am)
014-824 1102
Thank you for reading. Pen off :)

2 comments:

PeRdU cINta said...

boleh bagitau adik ipar ni.

Warisan Petani said...

Mungkin sekarang banyak yang sedang menakung banjir.