Thursday, January 28, 2021

Pengat Bubur Cha Cha

Assalamualaikum

Cha Cha ini kami dah lama beli tapi tak buat buat sampailah semalam baru buat. Sama saja resepi buat pengat ubi/durian/pisang cuma kali ini guna chacha. Ada 2 cara nak buat Bubur Chacha samada guna gula putih/gula merah. Kalau gula putih kuah jadi warna putih, kalau gula merah kuah jadi warna coklat. Sebab biasa orang buat Bubur Chacha kuah warna putih kan sebab nak bagi nampak warna warni chacha tu menyerlah.


Bahan Bahan

1 kotak santan kecik
1 paket chacha
Secubit Garam
Gula melaka/Gula merah (ikut manis)
Air
Sehelai daun pandan


1) Mula mula rebus chacha sehingga masak/lembut dalam periuk.


2) Sambil sambil tengah tunggu chacha kembang, dalam satu periuk lain bolehla masak air gula merah dulu sebab gula merah ini kadang kadang berpasir so kena cairkan gula merah dulu, dan tapis.

3) Lepas chacha dah kembang, air pon dah kering bolehla masukkan air gula merah yang ditapis tadi ke dalam periuk yang ada chacha. Guna periuk yang sama saja senang macam dalam gambar atas.

3) Kemudian boleh terus masukkan santan 1/2 kotak. Aku masukkan setengah saja sebab chacha ini dah berkanji so kalau santan sangat takut muak nanti. Then boleh masukkan pandan dan secubit garam untuk rasa lemak. Sentiasa kacau sebab taknak pecah minyak dan sehingga mendidih seperti di bawah ini. Boleh rasalah, kalau kurang gula boleh tambah gula dan begitu juga santan.


SIAP!!!


Harini public holiday. Thank you for reading!!!

3 comments:

EkaTikah said...

shedapnye hehe

Adinda Baizura Mazlan said...

Mudahnya buat pengat cha cha ni. Huhu

anamizu said...

wahhhhh sedapnya bubur cha cha!